Polis tumpaskan pengedar dadah di Bandar Kim Fung, Batu 4, Sandakan

Picture
PDRM Sandakan berjaya tumpaskan pengedar dadah di lokasi Bandar Kim Fung, Batu 4! ORANG ramai mengerumuni lokasi dua pasangan kekasih dipercayai pengedar dadah (wanita duduk dan lelaki sedang meniarap) dengan kereta Proton Saga terbabas selepas diberkas di kawasan Bandar Kim Fung, Sandakan semalam.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Polis berjaya tumpaskan pengedar dadah di Bandar Kim Fung, Batu 4, Sand

SANDAKAN – Cubaan pasangan kekasih yang dipercayai pengedar dadah melarikan diri gagal apabila kereta jenis Proton Saga dinaiki terbabas selepas tayarnya terkena tembakan yang dilepaskan anggota polis di kawasan Bandar Kim Fung, Sandakan dekat sini semalam.

Dalam kejadian pukul 12 te­ngah hari itu, kedua-dua suspek berusia lingkungan 20-an.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Zabidi Md. Zain berkata, kejayaan tangkapan itu adalah hasil maklumat risikan hingga membolehkan pihak polis mengekori kereta Proton Saga berwarna hitam dinaiki kedua-dua suspek di kawasan Bandar Letat Jaya, Batu 3 di Sandakan.

Menurutnya, suspek yang menyedari polis cuba menahan mereka telah bertindak memecut laju keretanya melalui Jalan Prima/Indah sebelum memasuki Bandar Kim Fung.

Jarak antara Bandar Letat Jaya ke Bandar Kim Fung dianggarkan kira-kira dua kilometer.

Kes menangkap suspek pengedar dadah di Bandar Kim Fung, Batu 4 tadi bukan seperti mana yang diceritakan kes rompak bank.

Menurut infomasi, pihak polis mengesan suspek dadah dari Batu 3 sehingga ke Batu 4, Bandar Kim Fung.

Dalam pada itu pihak polis turut melepaskan sedas tembakan pada tayar kereta suspek untuk menghentikan suspek. Kereta suspek kemudian terbabas dan terlanggar pada tiang penghalang di sebelah bank and kedai makan yang berdekatan.

Polis kemudian berjaya menangkap 2 orang suspek dadah ini. Dalam kes ini tiada kecederaan dan kematian dilaporkan, hanya beberapa kereta awam terlanggar ketika kejar mengejar polis. Lanjutan kes masih tengah disiasat oleh pihak polis.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

1 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. admin kena update penggunaan bahasa melayu..sangat berterabur.

    ReplyDelete