Tawau bergegar! gempa bumi kuat skala 6.0 Skala Richter berpusat di Tarakan, Indonesia

Kickbola.netPenduduk Tawau turut rasai gegaran gempa di Kalimantan. LOKASI pusat gempa yang berada kira-kira 96 kilometer barat daya Tawau.
Gempa dengan kekuatan 6,1 skala ricter (SR) terjadi di laut pada koordinat 3,61 LU,117.67 BT atau 29 Km Timur Laut Tarakan Kaltim dengan kedalaman 10 Km. Meski demikian tidak berpotensi tsunami. Gempa Terjadi pada pukul 02.47

TAWAU: Penduduk daerah ini turut merasai gegaran susulan gempa bumi kuat pada skala 6.0 Richter yang berpusat di Tarakan, Indonesia, kira-kira 96 kilometer barat daya Tawau, awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Mohd Razali Awang Ahmad, berkata pihaknya menerima banyak panggilan sejurus gegaran gempa bumi itu.


"Lapan anggota bersama dua jentera membuat pemantauan dan rondaan namun tiada sebarang laporan kerosakan diterima," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Sementara itu, Agensi Kajian Geologikal Amerika Syarikat (USGS) melaporkan tiada laporan kerosakan atau kematian di Indonesia susulan gempa bumi berkenaan.


USGS berkata, gempa bumi itu melanda kawasan timur laut Kalimantan, Indonesia, kira-kira 34 kilometer utara bandar Tarakan pada kedalaman 22 kilometer.

Post a Comment

Previous Post Next Post