Datuk Yeo Boon Hai dilantik sebagai Datuk Bandar Kota Kinabalu!

Datuk Yeo Boon Hai

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Datuk Yeo Boon Hai dilantik Datuk Bandar Kota Kinabalu


Kota Kinabalu: Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Datuk Yeo Boon Hai dilantik sebagai Datuk Bandar Kota Kinabalu yang baru berkuatkuasa 2 Februari ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, pelantikan itu adalah bagi menggantikan Datuk Abidin Madingkir yang tamat tempoh perkhidmatan sebagai Datuk Bandar Kota Kinabalu esok.

"Kerajaan negeri merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas dedikasi dan khidmat cemerlang beliau (Abidin) sebagai Datuk Bandar Kota Kinabalu.


"Sepanjang perkhidmatannya, beliau berjaya membawa banyak perubahan dan kemajuan khususnya kepada DBKK dan warga bandaraya seterusnya menjadikan Kota Kinabalu sebagai sebuah bandaraya peranginan semula jadi yang menarik, indah dan sejahtera," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Musa turut berharap pelantikan Datuk Bandar Kota Kinabalu yang baru, Datuk Yee Boon Hai akan dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan penuh komitmen dan dedikasi yang tinggi.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.