Mayat Wanita ditemui di Kebun Kelapa Sawit Kg. Taman Muhibbah, Beaufort

Seorang perempuan yang tidak sedarkan diri dijumpai di tepi jalan kebun kelapa sawit belakang rumah murah Kg. Taman Muhibbah Beaufort Sabah.
MAYAT WANITA DITEMUI DI KEBUN KELAPA SAWIT

Beaufort, 13 Januari 2016 – Pihak polis telah dihubungi oleh Rafifah bahawa telah menjumpai seorang perempuan tidak sedarkan diri di tepi jalan kebun kelapa sawit belakang rumah murah Kg. Taman Muhibbah, Beaufort, Sabah pada 12 Januari 2016 jam 3.50 petang.

INSP. Mat Nor B. Lamit, Pegawai Penyiasat menjalankan siasatan awal mendapati tempat kejadian adalah di tepi jalan di dalam kebun kelapa sawit.

Jarak tempat kejadian lebih kurang 1KM dari jalan utama di mana kawasan tersebut tidak mempunyai bekalan elektrik.

Mangsa, Jum Bte Dala berusia 42 tahun (tidak mempunyai keterangan diri) dijumpai dalam keadaan baju yang terkoyak, tudung dan seluar panjang tertanggal.

Tambahan lagi, terdapat kesan lebam di mata kiri dan kesan hentakan dikepala sebelah kanan mangsa yang dipercayai dihentak menggunakan sebatang besi paip panjang berukuran 6 kaki.

Senjata yang digunakan oleh suspek dijumpai berhampiran dengan mangsa.

Suspek, Zul Bin Jailani, 37 tahun (tidak mempunyai keterangan diri) merupakan suami mangsa telah ditangkap dan motif pembunuhan dipercayai disebabkan pergaduhan antara suami isteri.

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.