Penemuan aneh Pendaki di belakang Kompleks Sukan Penampang

Seorang penduduk tempatan terkejut apabila menemui berpuluh-puluh seluar dalam wanita yang di gantung secara rapi dan diselitkan kondom pada setiap seluar dalam tersebut awal pagi tadi. Kejadian berlaku di belakang kompleks sukan Penampang.
Pendaki Terkejut Terjumpa 'Kawasan Aneh' Belakang Kompleks Sukan

PENAMPANG, 22 Jan: Seorang pendaki terkejut apabila membuat satu penemuan aneh ketika dia mendaki di satu kawasan di belakang Kompleks Sukan Penampang.

Gambar penemuan itu memaparkan kawasan terbabit dipenuhi dengan pakaian dalam wanita, yang digantung pada pokok dan disertakan sepaket kondom.

Pendaki itu juga turut melaporkan menemui sebuah pondok kosong kecil di kawasan terbabit.

Laporan The Borneo Post menyatakan bahawa Majlis Daerah Penampang telah pun membuat pemeriksaan terhadap kawasan berkenaan namun tiada sebarang perubahan dilakukan terhadap kawasan itu untuk membuka laluan kepada penyiasatan.

"Kami menerima satu laporan mengenai perkara itu hari ini(semalam) dan telah pun memeriksa kawasan terbabit, yang berada agak jauh kebawah dari tempat pendakian dan agak terpencil.

Majlis daerah akan bekerjasama rapat dengan polis untuk menyiasat perkara terbabit", " kata jurucakap dari unit penguatkuasaan majlis daerah terbabit. 


Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.