Dedi Kusnandar mahu lakar nama seperti Andik Vermansyah

Pemain import Sabah dari Indonesia, Dedi Kusnandar akan menyarung jersi no 11 @dedikusnandar11
Dado mahu lakar nama seperti Bambang Pamungkas dan Elie Aiboy

Bekas kapten bawah 23 tahun Indonesia, Dedi Kusnandar atau Dado tekad melakar nama di saingan Liga Malaysia sepertimana dilakukan rakan senegaranya Bambang Pamungkas, Elie Aiboy dan Andik Vermansyah.

Dado isi slot import skuad Badak musim ini selepas melihat kesan yang ditinggalkan rakan senegaranya yang lain.

"Saya ingin buktikan sesuatu bersama Sabah dan akan berusaha memikat hati peminat, lebih-lebih lagi disini juga ramai warga Indonesia," jelasnya.

Bambang, Elie dan Andik masing-masing telah mencipta nama antara pemain tunjang buat Selangor sekaligus situasi itu membuatkan Dado mahu meninggalkan impak sama.

Bekas kapten pasukan bola sepak Indonesia, Ponaryo Astaman turut pernah beraksi di Liga Malaysia pada tahun 2006-2007 bersama Melaka TM FC.


Dado miliki pengalaman walaupun baru berusia 24 tahun kerana pernah beraksi bersama beberapa kelab di Indonesia antaranya Pelita Jaya (2008-12), Arema Cronus (2012-13), Persebaya Surabaya (2014-14) dan Persib Bandung tahun lalu.



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.