Etnik Rungus mewakili Malaysia ke Program ITB Berlin 2016 di Jerman!

Wajah-wajah Sumuni Rungus daripada Persatuan Momogun Rungus Sabah ( SAMORA ) menghiasi akhbar-akhbar Jerman hari ini. Bukan mudah mendapat liputan sedemikian rupa. Lebih dari 176 negara menyertai program ITB Berlin kali ini. Foto : JM Lee Madzman
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Etnik Rungus mewakili Malaysia ke Internationale Tourismus-Börse Berlin ITB Berlin 2016 ETNIK RUNGUS MEWAKILI MALAYSIA KE PROGRAM ITB BERLIN , JERMAN


Syabas dan Tahniah buat Sabah Momogun Rungus Association (SAMORA) mewakili negara ke Internationale Tourismus-Börse ITB Berlin 2016

Rombongan Persatuan Momogun Rungus Sabah (SAMORA) yang diamanahkan oleh kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Malaysia untuk mewakili Malaysia ke program bertaraf dunia iaitu International Tourismus Boerse (ITB ) Berlin , Germany untuk membuat persembahan dan pertunjukan tarian dan pakaian Rungus.

Gimpuhut Rungus dan duta-duta Magahau turut sama dalam rombongan untuk promosi Pesta Magahau.


SAMORA diwakili seramai 20 orang untuk tujuan tersebut.


Tugasan SAMORA di ITB BERLIN 2016 antaranya Memperkenalkan Malaysia dan Budaya Etnik Rungus di mata dunia...Tokyo, Myanmmar, Thailand, Bhutan, Indonesia, Phillipines. Cambodia, China, Hong Kong dan lebih 56 buah negara.

PAKAIAN RUNGUS JADI PAKAIAN RASMI ROMBONGAN MALAYSIA TERMASUK YB MENTERI PLANCONGAN DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA - YB DS MOHD NAZRI AZIZ DI PROGRAM ITB BERLIN , JERMAN

Pakaian Rungus digunakan secara rasmi oleh wakil-wakil Malaysia khusus Rombongan Persatuan Momogun Rungus Sabah (SAMORA) dan YB Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia sendiri di program bertaraf dunia International Tourismus Boerse (ITB) Berlin , Jerman.



Gambar YB Menteri berpakaian Rungus juga digunakan dalam buku cenderahati , brochure, placard, billboard , siaran tv dll.

YB Menteri juga akan memakai pakaian lengkap Rungus semasa perasmian ITB Berlin 2016 yang akan dihadiri oleh menteri-menteri dari lebih kurang 150 negara.

Pada majlis ini juga SAMORA yang mewakili Malaysia telah memenangi 2 anugerah filem perlancongan antarabangsa yang ke 15 ''The 15Th International Tourism Film And Multimedia Competition".

Sekalung Tahniah diucapkan buat Persatuan Momogun Rungus Sabah (SAMORA) Dibawah Pimpinan Presiden YB Dato Jelani Hamdan melalui Kementerian Pelancongan Malaysia Atas Usaha Memartabatkan Rungus Di Mata Dunia! Ini seterusnya memberi peluang kepada group SAMORA untuk mewakili Etnik Rungus dan Malaysia dalam acara berprestij di ITB BERLIN GERMANY 2016


Dan tahniah semua yg terlibat (Duta Rungus)


RUNGUS TI AVANTANG TI

Credit Photo by Crew SAMORA.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.