TAHNIAH!! Pasukan Bola Sepak Wanita Sabah mencatat kemenangan kedua dalam saingan Kumpulan A Piala Tun Sharifah Rodziah pagi tadi dengan menewaskan Sarawak 4-0.
U
sliza Usman membuka jaringan seawal minit ke-4 sebelum Nurul Azurin Mazlan menambah dua gol (18' dan 25') dalam babak pertama manakala gol tunggal babak kedua dijaringkan oleh Shereilyn Elly. Sebelum ini Pasukan Bola Sepak Wanita Sabah menewaskan Negeri Sembilan 6-0.
Sabah seterusnya akan menentang ATM dalam saingan ketiga Kumpulan A esok pagi di Padang 2 Universiti Utara Malaysia pada jam 8 pagi.
Aksi hari kedua Piala Tun Sharifah Rodziah (PTSR) 2016 di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok hari ini menyaksikan Sabah meneruskan rentak kemenangan untuk mendahului Kumpulan A tatkala MISC merampas tangga teratas Kumpulan B selepas menewaskan lawan masing-masing.
Pendahulu Kumpulan A, Sabah menjinakkan Sarawak 4-0 di Padang 3, pagi tadi untuk kini meraih enam mata maksimum. Usliza Usman membuka tabir jaringan seawal minit ke-4 sebelum peledak utama, Nurul Azurin Mazlan meledak dua gol pada minit ke-18 dan 25. Shereilynn Elly Pius kemudiannya melengkapkan kemenangan besar skuad bimbingan Smith M. Ampuling pada minit ke-56.
Turut meraih kemenangan pada aksi kedua pagi tadi ialah skuad Selangor yang berjaya menundukkan Perlis 3-0 di Padang 1 menerusi dua gol jaringan Siti Asnidah Zamri dan Zur’ain Kamarudin untuk menduduki tempat kedua saingan Kumpulan A dengan enam mata.
Di Padang 2, pasukan ATM menebus kekecewaan pada aksi sulung semalam dengan membelasah Negeri Sembilan 4-0 menerusi jaringan Nurafini Kamarudin pada minit ke-17, Nur Atikah Abdul Wahab pada minit ke-22 dan 64 serta Fatimah Mohamad pada minit ke-41 untuk membantu pasukan mereka meraih tiga mata pertama.
Sementara itu, bagi Kumpulan B, MISC kendalian Ananthan M Raman berpesta gol setelah menewaskan Pulau Pinang 7-0 di Padang 3, petang tadi. Penyerang, Haindee Mosroh meledak lima gol manakala dua gol lagi dijaringkan oleh Nurul Hamira Yusma Mohd Yusri dan Dadree Polinus untuk membolehkan pasukan juara bertahan itu menduduki tangga teratas.
Di Padang 2, dua gol hasil jaringan Puteri Noralisa Wilkinson pada minit ke-40 dan 67 membolehkan Pahang mengutip kemenangan pertama setelah Nur Haniza Saarani meletakkan pasukan Perak di hadapan pada babak pertama.
Pada satu lagi aksi Kumpulan B, Kedah terpaksa akur berkongsi mata dengan Kuala Lumpur selepas Norhawa Md Yasin menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-25 untuk perlawanan berakhir 1-1 di Padang 3.
Perlawanan ketiga PTSR 2016 akan bersambung pada hari esok (9 April 2016).
KEPUTUSAN HARI INI
KUMPULAN A
SABAH 4
Usliza Usman 4’
Nurul Azurin Mazlan 18’ 25’
Shereilynn Elly Pius 56
SARAWAK 0
NEGERI SEMBILAN 0
ATM 4
Nurafini Kamarudin 17’
Nur Atikah Abdul Wahab 22’ 64’
Fatimah Mohamad 41’
PERLIS 0
SELANGOR 3
Siti Asnidah Zamri 51’ 62’
Zur’ain Kamarudin 67’
KUMPULAN B
MISC 7
Nurul Hamira Yusma Mohd Yusri 17’
Haindee Mosroh 18’ 38’ 42’ 59’ 63’
Dadree Polinus 58’
PULAU PINANG 0
PERAK 1
Nur Haniza Saarani 38’
PAHANG 2
Puteri Noralisa Wilkinson 40’ 67’
KUALA LUMPUR 1
Norhawa Md Yasin 25’
KEDAH 1
Munirah Abdullah 13’
JADUAL ESOK (SABTU, 9 APRIL 2016)
KUMPULAN A
8.00 pagi: Sabah lwn ATM (Padang 2, UUM)
8.00 pagi: Perlis lwn Negeri Sembilan (Padang 3, UUM)
8.00 pagi: Selangor lwn Sarawak (Padang 1, UUM)
KUMPULAN B
5.00 petang: MISC lwn Pahang (Padang 2, UUM)
5.00 petang: Kuala Lumpur lwn Perak (Padang 3, UUM)
5.00 petang: Kedah lwn Pulau Pinang (Padang 1, UUM)

Post a Comment