Pasukan tari USDA-TOBISA membuka mata dunia di Dance World Cup 2016

Tahniah kepada Team USDA-TOBISA kerana berjaya merangkul pingat ketiga untuk Negara Malaysia. Pingat EMAS diperolehi dalam Senior Solo National melalui Mohd Amerul Amir di Dance World Cup 2016 Jersey, England. Syukur, Syabas dan Tahniah mengharumkan nama Negara Malaysia di persada dunia.
Artikel Oleh Syah (Team USDA-TOBISA WindBreeze Dance Co Sabah)

Pasukan tari USDA-TOBISA dari persatuan USDA dan TOBISA serta Windbreeze Dance Co telah berjaya membuka mata dunia dengan persembahan dan pencapaian yang telah diraih sepanjang Dance World Cup 2016 yang telah berlangsung di Jersey, Channel Island

Sebanyak 38 negara dan lebih 3000 penari dari serata dunia telah berkumpul untuk bertanding mengikut kategori dan kelas masing-masing.

Pasukan USDA-TOBISA ini terdiri daripada 1 pegawai, 3 pengiring dan 13 penari yang mana kesemua mereka ini berasal dari beberapa daerah di Sabah seperti Kota Marudu, Sapulut, Nabawan dan Papar.

Pasukan ini telah berjaya meraih pingat emas untuk acara Senior Solo National dan Mini Solo National.

Pingat perak untk Senior Quarter National dan pingat gangsa untuk acara Children Quartet National.

Bukan itu sahaja, pasukan USDA-TOBISA / Windbreeze Dance Company turut menerima salah satu daripada Anugerah utama iaitu Best Ballet, National or Greek Solo Junior & Senior.


Lebih membanggakan lagi, salah seorang penari dari pasukan USDA-TOBISA telah menerima anugerah pengiktirafan (Judge's Award) dari Juri Dance World Cup. Anugerah ini hanya diberikan kepada 2 org penari dari lebih 3000 penari dari seluruh dunia.


Di samping itu juga, Malaysia berjaya menempatkan diri dalam kelompok 10 teratas dalam kedudukan keseluruhan negara - negara yang bertanding.


Selain daripada pencapaian yang disebutkan, pasukan USDA-MALAYSIA telah diberi penghormatan untuk menjadi "Opening Act" (Persembahan Pembukaan) dan "Guess Appearance" bersama-sama celebrity tari di Eropah termasuklah Kimberly Wyatt, di dalam satu lagi pertandingan tarian yang berlangsung semasa Dance world Cup iaitu Dance Impact.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.