Buaya ditangkap merayau di Jalan Karamunsing, Kota Kinabalu

Ada buaya naik ke jalan di RTM lama Karamunsing pagi tadi...dia tidak tahu RTM sudah pindah kat Kepayan..Nasib jugalah bukan di Penampang...jadi pusas ohh.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Buaya ditangkap merayau di Jalan Karamunsing, Kota Kinabalu

Seekor buaya mengejutkan pengguna jalan raya di Jalan Karamunsing berhadapan bangunan RTM lama, di sini, selepas dipercayai tersesat di tengah jalan raya berkenaan, 2 pagi tadi.

Kemunculan buaya berukuran dua meter panjang itu disedari seorang pengguna jalan raya yang menyangkakan ia adalah seekor biawak.

Susulan itu, dia kemudian menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bagi menangkap buaya berkenaan.



Pegawai APM Kota Kinabalu Usman Harto berkata, sebaik menerima panggilan itu, lima anggota APM dikejarkan ke tempat kejadjan untuk operasi menangkap reptilia berkenaan.

"Anggota APM berjaya menangkap buaya itu dalam tempoh hanya tiga minit sebelum membawanya ke pejabat APM Kota Kinabalu.


"Buaya seberat 55 kilogram itu dipercayai dari parit berhampiran sebelum sesat dan berkeliaran di tengah jalan raya," katanya ketika dihubungi.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.