Kemalangan Maut di Jalan Kinabatangan-Lahad Datu

Kemalangan di Jalan Kinabatangan - Lahad Datu mengakibatkan Seorang lelaki maut manakala tiga lagi parah
Lahad Datu: Pemandu maut, tiga parah

Lahad Datu: Seorang lelaki maut manakala tiga lagi parah selepas Perodua Kancil dinaiki mereka bertembung dengan sebuah Toyota Hilux di Jalan Kinabatangan-Lahad Datu di sini, hari ini.

Dalam kejadian 4.30 petang itu, mangsa yang juga pemandu Perodua Kancil berkenaan, Mohd Ridzuan Lahama, 24, maut di lokasi kejadian akibat beberapa kecederaan serius di badan dan kepala.

Tiga lagi penumpang yang berada dalam kenderaan itu yang berusia antara 25 hingga 32 tahun, cedera parah.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Lahad Datu Mohd Apandi Mahmood berkata, pemandu Toyota Hilux berusia 48 tahun hanya cedera ringan.

“Kami menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 4.45 petang dan sepasukan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian yang terletak 30 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu.

“Sebaik tiba, semua mangsa sudah dihantar orang awam ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan lanjut.

“Bagaimanapun, seorang mangsa iaitu pemandu Perodua Kancil dilaporkan maut di lokasi kejadian,” katanya.


Post a Comment

Previous Post Next Post