Tindakan Mangsa dipercayai cuba gugurkan kandungan Sehingga Maut

IPD KK@7.2.17: JALENAH BAGUL, P/40 thn, dijumpai mati di dalam bilik sewanya, di Jalan Kenawai Lorong 4, Damai, Luyang pada jam lebih kurang 12.50pm tadi (7.2.17). Siasatan awal polis mendapati TIADA UNSUR JENAYAH & mengklasifikasikan kes ini sebagai MATI MENGEJUT (SUDDEN DEATH). Pihak polis ingin mendapatkan maklumat lanjut dari seorang lelaki yang dipercayai sebagai TEMAN LELAKI mangsa & memohon agar penama ini menghubungi BALAI POLIS YANG BERDEKATAN, untuk membantu siasatan. TERIMA KASIH. - ACP M.CHANDRA(KPD KOTA KINABALU.)
Mayat Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) Ditemui Dalam Rumah Sewa

KOTA KINABALU: Tindakan seorang Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) untuk menggugurkan kandungannya dipercayai menggunakan racun tikus berkemungkinan telah menyebabkannya maut selepas ditemui tidak sedarkan diri dalam bilik di sebuah rumah dekat Damai pada selasa.


Mangsa Jalenah Bagul, 40, Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) di Hospital Queen Elizabeth 1 ditemukan dalam keadaan berbaring sebaik pintu biliknya dipecahkan oleh polis kerana ia berkunci.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata pihaknya menerima laporan daripada anak buah mangsa yang mengesyaki ibu saudaranya sudah meninggal dunia berdasarkan bau busuk dari biliknya sekitar 12.30 tengahari kelmarin.

Siasatan awal terhadap mayat mangsa mendapati mangsa dipercayai sudah meninggal dunia lebih daripada dua hari .

“Pemeriksaan Pihak polis mendapati terdapat satu bungkusan racun tikus di dalam bilik berkenaan berdekatan mayat mangsa dan pihaknya turut menjumpai racun tikus yang dimasukkan ke dalam sebuah botol minuman bergas (Coke) bersebelahan mangsa.

Selain itu, polis turut menemui pil untuk menggugurkan kandungan tidak sah dan juga tali yang dipercayai disediakan untuk membunuh diri dalam bilik mangsa.

“Kami percaya dia mungkin telah cuba untuk membunuh diri, tetapi kami akan serahkan kepada unit forensik dan patologi untuk menentukan punca kematiannya,” katanya dalam sidang media di sini kelmarin.

Mayat Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) Ditemui Dalam Rumah Sewa


Siasatan awal polis mendapati tiada unsur jenayah dan mengklasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut.

Polis sedang mencari teman lelaki Jalenah, yang kali terakhir dilihat meninggalkan biliknya tergesa-gesa pada kira-kira jam 2.30 petang Ahad.

Menurut Ketua Polis Daerah ACP M.Chandra, pihak polis telah menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada seorang anak buah mangsa yang datang ke balai polis tengah hari tadi bagi memaklumkan kejadian berkenaan.



 Sejurus mendapat makluman, pihak polis terus menuju ke lokasi dan mendapati bilik mangsa yang berusia 40 tahun itu dalam keadaan terkunci dan terdapat bau busuk dari bilik berkenaan.

“Oleh kerana pintu bilik itu dalam keadaan terkunci, pihak polis telah memecahkan pintu bilik itu dan menemui mayat mangsa dalam keadaan tertiarap.”

“Pihak polis juga mendapati terdapat satu bungkusan racun tikus di bilik berkenaan dan bersebelahan dengan mayat mangsa terdapat satu botol Coca-cola yang juga didapati terdapat kesan racun tikus berkenaan.”

“Pihak polis juga menemui pil menggugurkan kehamilan dalam bilik berkenaan,”katanya ketika ditemui media di lokasi kejadian, di sini, hari ini.

Chandra turut menyatakan, seorang lelaki yang dipercayai teman lelaki mangsa juga turut diminta tampil untuk membantu siasatan.

“Berdasarkan pemeriksaan, mayat mangsa telah berada di bilik berkenaan lebih dari 48 jam dan pada hari kejadian iaitu pada ahad lepas teman lelaki mangsa juga didapati keluar secara tergesa-gesa dari bilik mangsa pada kira-kira jam 2.30 petang,”katanya.


Tambah Chandra, lelaki berkenaan juga turut membawa kereta mangsa ketika hari kejadian selepas keluar secara tergesa-gesa dari bilik berkenaan.

“Teman lelaki mangsa juga didapati kerap datang ke bilik mangsa serta sering membawa kenderaan milik mangsa dan pada hari kejadian teman lelaki mangsa juga turut membawa kenderaan tersebut,”katanya sambil menambah lelaki berkenaan juga turut memiliki kunci rumah, kunci bilik dan kunci kenderaan mangsa.

Siasatan awal mendapati tidak ada kesan pergelutan yang berlaku namun pihak polis masih melakukan siasatan punca kematian mangsa.

“Pihak polis juga mendapati bahawa terdapat tali yang digantung di dalam bilik mangsa tetapi berdasarkan siasatan awal tali berkenaan tidak ada kaitan dengan punca kematian mangsa, walaubagaimanapun pihak polis akan membuat siasatan lanjut berhubung perkara ini,”katanya sambil menambah teman lelaki mangsa diminta untuk tampil membuat kenyataan di balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.