SAFA tubuh jawatankuasa Siasat Punca Kelemahan Sabah FA

Selepas kemenangan besar semalam President SAFA terus mengorak langkah mau kasi jadi Sabah kuat semula!
**SIASAT PUNCA KELEMAHAN PASUKAN**

Satu jawatankuasa bebas bagi menyiasat kelemahan yang ada dalam Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) telah diwujudkan berikutan prestasi kurang memuaskan pasukan negeri itu sejak beberapa musim lalu.

"Jawatankuasa ini akan menyiasat di mana salah dan cacatnya atau kemungkinan wujud tiada kerjasama antara satu sama lain dalam SAFA serta bagaimana meningkatkan mutu permainan pasukan.


"Siasatan itu penting bagi mengenalpasti kenapa pasukan kita tidak mempamerkan permainan yang memuaskan kerana kita telah membelanjakan berjuta ringgit dengan harapan untuk meningkatkan prestasi pemain.

"Saya akan mengkaji hasil siasatan itu dan selepas itu akan berbincang dengan semua pengurusan dalam SAFA bagaimana untuk meningkatkan pasukan kita secara menyeluruh," kata Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Aman ketika merasmikan Kongres Tahunan SAFA di Kota Kinabalu, kelmarin.


Beliau yang juga Presiden SAFA, berkata sudah tiba masanya untuk Sabah mempunyai satu pasukan yang mantap dan kuat.


"Saya sedia mendengar apa juga pandangan daripada semua pihak bagi membaiki kelemahan pasukan selain ubah suai atau menukar apa yang perlu bagi meningkatkan prestasi.


"Ini termasuk mengkaji pemain sama ada perlu ditukar untuk kebaikan pasukan. Apa yang penting kita semua bekerjasama dan ikhlas dalam usaha untuk memantapkan SAFA.


"Kita sudah cuba pelbagai cara yang terbaik tetapi kita sedar ia bukan mudah kena kerana ramai yang terbabit dalam aspek pengurusan dan pemain," katanya..

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.