Keluarga Melayu di Beaufort, Sabah.

Mak dia sebelah mata hitam, sebelah lagi biru laut. Anak dia pulak 2 orang mata warna biru cair. 😍
BEAUFORT: Seorang budak lelaki berusia sembilan tahun mencuri tumpuan ramai kerana memiliki sepasang mata berwarna biru.

Picture
Kamarul Hisham Mustafa yang juga anak bongsu daripada tiga beradik ketika ditemui di Kampung Bingkul di sini, berkata hanya dia dan kakak sulung serta ibunya sahaja yang memiliki keistimewaan itu.

Picture
BERMATA BIRU...Kamarul Hisham Mustafa Kamal berusia 9 tahun memiliki sepasang anak mata berwarna kelabu kebiru-biruan.Anak bongsu daripada tiga orang adik-beradik ini dilahirkan belatar belakang bapanya kelahiran Negeri Sembilan manakalanya ibunya, Melayu Brunei.GAMBAR : IRWAN MAJID / UTUSAN MALAYSIA.

"Dalam keluarga, saya dan kakak mempunyai sepasang mata berwarna biru manakala hanya sebelah mata ibu kami sahaja yang berwarna biru.

"Ayah dan abang pula tidak mempunyai mata seperti kami. Pada mulanya, rasa janggal juga kerana warna mata tidak sama seperti rakan lain tetapi akhirnya saya dapat biasakan diri.

"Bagi kami, ini adalah anugerah daripada Allah," kata murid Sekolah Kebangsaan (SK) Mempagar itu di sini, hari ini.

Kamarul Hisham berkata, dia percaya keunikan yang dimilikinya diwarisi daripada ibunya, Rosdah Abdullah, 47, yang berdarah campuran Melayu Brunei dan Pakistan.

Picture
BUDAK bermata biru, Mohd Kamarul Hisham Mustafa Kamal, 9, (kanan) bersama abangnya Mohd Hafizudin, 12, (kiri) ketika ditemui selepas majlis perjumpaan dengan Pengerusi-Pengerusi Masjid Parlimen Beaufort, di Masjid Kampung Bingkul.

Ayahnya, Mustafa Kamal, 48, berasal dari Negeri Sembilan.

Sementara itu, Kamarul Hisham adalah antara penduduk kampung yang turut meraikan kunjungan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Masjid Haji Akhbar Khan di Kampung Bingkul, Beaufort, pagi tadi.

Sempena kunjungan itu, Timbalan Perdana Menteri turut menyerahkan sumbangan kepada lebih 300 masjid membabitkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias, Kuala Penyu dan Lumadan.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date