KEADAAN sebuah bas persiaran membawa kakitangan Politeknik Sandakan yang terbalik di Kampung Surun-Surun Jalan Marak Parak, Kota Marudu, Sabah.
5 maut bas bawa kakitangan Politeknik Sandakan terbalik
Lima maut apabila bas yang membawa kakitangan Politeknik Sandakan serta ahli keluarga mereka terbabas dan terbalik di kawasan Kampung Surun-Surun Jalan Marak Parak.
Tiga pensyarah serta bayi berumur 2 tahun antara yang terkorban apabila bas persiaran yang dinaiki terbabas sebelum terbalik di Jalan Marak Parak berdekatan Kampung Surun-Surun petang Jumaat.Tiga pensyarah maut termasuklah Annie Gideon, 56; Suzannie Stephen Galaut, 39; dan Esthe Michelle Anak Gunben, 39 berasal dari Sarawak.
Dua lagi mangsa masing-masing Abdul Fattah Sallehudin, 2, anak kepada salah seorang pensyarah dan Khairul Zafari iaitu suami kepada Ketua Jabatan Pengajian Am.
Ketua Polis Daerah Kota Marudu Superintendan Mohd Izaan Abdullah berkata dua daripada mangsa maut dihantar ke Hospital Kota Marudu manakala tiga yang lain dihantar ke Hospital Pitas dan Kota Belud berikutan bilik mayat tidak mampu menampung jumlah mangsa terkorban.
GAMBAR fail menyaksikan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APMM) dan Bomba memeriksa keadaan bas persiaran yang terbabit dalam kemalangan mengakibatkan lima maut di Kampung Surun-Surun, Jalan Marak Parak, Kota Marudu, pada Jumaat. Dalam nahas kira-kira 5 petang itu, bas berkenaan yang disewa oleh pihak Politeknik Sandakan dipercayai hilang kawalan ketika menuruni bukit sebelum terbabas dan merempuh penghadang kiri jalan raya.
Bercakap lanjut mengenai kejadian itu Izaan berkata pihaknya sudah menahan reman pemandu berumur 49 tahun untuk disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Menurutnya kesemua mangsa dalam perjalanan dari Sandakan ke Kudat untuk menjalani hari keluarga sebelum terbabit dalam kemalangan di Kampung Surun-Surun.
Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintenden Mohd. Izaan Abdullah berkata, kejadian berlaku ketika bas persiaran berkenaan dalam perjalanan dari Sandakan menuju ke Kudat.
“Apabila sampai di lokasi kejadian, bas tersebut yang sedang menuruni bukit hilang kawalan lalu terbabas dan terbalik di kiri jalan arah ke Kota Marudu.
“Setakat ini sebanyak lima mangsa dilaporkan meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
[UPDATE] Tiga pensyarah wanita, budak dua tahun terkorban
KANAK-KANAK lelaki berusia dua tahun tiga bulan adalah antara lima mangsa yang disahkan meninggal dunia dalam nahas bas di Kota Marudu, hari ini.Ia selepas bas membawa rombongan staf dan ahli keluarga warga Politeknik Sandakan terbabas dan terbalik.
Bayi terbabit, Abdul Fattah Sallehudin yang meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Kota Marudu.
Bayi itu anak kepada seorang pensyarah wanita yang parah dalam kemalangan kira-kira jam 4.30 petang itu.
Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superintendan Mohd Izaan Abdullah, berkata empat lagi mangsa meninggal dunia di lokasi kemalangan.
Mereka termasuk tiga pensyarah wanita iaitu Annie Gideon, Suzannie Stephen Galaut, 39, dan Esther Michelle Gunben.
Seorang lagi mangsa ialah Khairul Zafari, iaitu ahli keluarga kepada kakitangan politeknik berkenaan.
Difahamkan, ketika kejadian, bas milik politeknik berkenaan membawa 41 penumpang termasuk pemandu.
Mohd Izaan berkata, ketika kejadian bas berkenaan dalam perjalanan dari Sandakan ke Kudat untuk program hari keluarga.
Sementara itu, jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata, semua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Kota Marudu dan Hospital Ranau untuk rawatan.
Senarai mangsa yang maut kemalangan bas Politeknik di Kota Marudu
1. Abdul Fattah Sallehudin - bayi berumur 2 tahun 3 bulan
2. Annie Gideon - Pensyarah
3. Khairul Bin Zafari - suami kepada Ketua Jabatan Pengajian Am
4. Suzannie Stephen Galaut, 39 tahun, pensyarah
5. Esther Michelle Anak Gunben - pensyarah
- Info dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Marudu
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
Post a Comment