Inspiring! Ibu bawa anak berusia 3 tahun berjaya tawan Gunung Kinabalu

Bukan Calang-calang, Mendaki Selama 19 Jam Ibu Ini Berjaya Bawa Anak Usia 3 Tahun Tawan Gunung Kinabalu
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Ibu bawa anak berusia 3 tahun berjaya tawan Gunung Kinabalu

Dulu ibunya pernah VIRAL sebab pernah seberat 127kg...kali ni anaknya pulak viral apabila adik Yuna Sofea, 3 tahun 10 bulan adalah kanak2 Malaysia paling muda berjaya menawan Gunung Kinabalu.

Ibunya, Siti Aminah mengambil masa 19 jam dengan bantuan seorang doktor dan malim gunung sepanjang misi pendakian untuk membawa adik Yuna untuk sampai ke puncak. sangat inspiring!
Mendaki merupakan salah satu aktiviti ekstrem yang tidak semua orang mampu lakukan. Persediaan fizikal dan mental perlu dibuat jika ingin mendaki kerana banyak faktor termasuklah keadaan fizikal, cuaca dan juga persediaan lain bagi menjayakan sesebuah pendakian yang dirancang.


Namun itu semua tidak menjadi penghalang buat seorang ibu Siti Aminah Borhan atau Amie Borhan yang Berjaya membawa anak kecilnya berusia 3 tahun 10 bulan menawan puncak Gunung Kinabalu, iaitu puncak tertinggi bukan sahaja di Malaysia malah di Asia Tenggara.


Dalam perkongsian yang dibuat oleh Amie Borhan yang juga seorang perunding kecergasan menerusi akaun Instagramnya, dia membawa anaknya Nurr Yuna Sofia mendaki puncak Gunung Kinabalu dan ingin mencabar satu rekod berkenaan kanak-kanak termuda Berjaya sampai di ketinggian tersebut.

19 jam pendakian

Menurut Amie Borhan antara persediaan untuk hiking selama 19 jam naik dan turun Bersama anaknya itu adalah membawa makanan yang cukup, carrier yang selesa untuk anaknya Sofia, ubat-ubatan, kelengkapan seperti pakaian yang sesuai.


Paling penting menurut Amie Borhan adalah persediaan dari segi mental ,hati yang cekal , dan doa yang tidak pernah putus sebab Allah yang izinkan dia dan anaknya sofia naik dan juga dengan keizinan Allah cuaca sepanjang pendakian baik. Selain itu, Sofia yang tidak tantrum sepanjang perjalanan.

“Persediaan dari segi mental ,hati yang cekal , doa banyak-banyak .. sebab Allah yg izinkan sy dan sofia naik atau , Allah yang izin cuaca okay , Allah yang jaga hati sofia supaya tak tantrum.

“Sampai ke Sabah 2 hari sebelum naik Kinabalu , kami ada naik maragang Hill ( untuk try keselamatan carrier ) dan biasakan dengan ketinggian ( sebab maragang hill ni ketinggian dia suku dari Kinabalu).”


Jelas Amie Borhan lagi dia juga mempunyai team yang turut sama dalam pendakian tersebut dan ada Dr Muaz serta guide bersama mereka untuk menjaga keselamatan.

Hampir Putus Asa, Tapi Teruskan Juga (Part 1)


Start hiking 10am-6.30pm sampai di Laban Rata .

Laban rata ( dari check point bawah ke tempat stay bahagian atas , dorang tulis 6km tapi jam detect 9km )

Kenapa lambat sampai Laban Rata ?

Sebab phase bawak budak lain , bukan sama macam biasa , kena jaga perasaan dia , keselesaan dia , kegembiraan dia , nak buang air kecik ,besar ,semua kena jaga .

Sebabkan terlalu lama hiking , 8jam setengah , kaki , lutut semua dah terasa . Jalan puncak Kinabalu dia macam tangga yang tak habis . Tengok tangga macam nak menangis .

Masa 4km , masa ni mental dah kacau , bila nak sampai ni , Ya Allah apa aku buat ni ? Patutnya i just stay at home and relax , .

5km , tiba-tiba hujan , oksigen dah makin kurang , makin sejuk , lepas tu hujan lebat . Ya Allah dugaan ,lain macam. Rasa nak menangis dan nak balik .

Tapi sofia ? Sangat memudahkan , hujan pun duduk diam dalam carrier . Berjam- jam dalam carrier , and dia pun jalan sendiri , seolah dia faham , mummy dah sakit mentally and kaki semua

Tak sikit pun dia cakap nak balik atau pun merepek buat tantrum . Hujan basah pun dia senyap . Dia enjoy the journey ..

Anak baik mummy


Sampai Laban Rata 6.30pm , terus masuk dekat cafe dengan keadaan basah , semua orang mcm terpegun dan ada yang tepuk tangan , sebab nampak Sofia . Setiap kali berselisih dengan hikers ,semua bagi semangat dekat sofia dan kami .

Benda jarang-jarang nampak budak kecik naik Kinabalu.


Sampai terus makan , check in dorm solat dan rehat sebab nak bangun pukul 2 pagi untuk summit attack .

Masa ni aku cakap hmm tengok la dulu keadaan macam mana esok , rasa macam “cukuplah sampai Laban Rata , rasanya tak sanggup dah lagi ni “
 

Mula Mendaki Ke Puncak (Part 2)


Bangun 2.00am pagi tu , memang tak mandi sebab air macam air batu , kejut sofia then siapkan dia . Dia pun tak menangis bangun pagi , relax je .
 
Pergi makan dekat cafe , then dengar guide cakap , dari Laban Rata ke puncak Kinabalu lagi 2.9km 😭 bermakna lagi 3jam /3jam setengah hiking dan jalan bahaya ,dan lagi mencabar .

Dalam hati , tak pelah buat je untuk sofia , lagi pun dah sampai sini . Kalau bukan sekarang ,bila lagi ? –
 
Naik Kinabalu , mental memang kena kuat , lain macam saiko dia . Luar biasa . Betul-betul luar biasa . Tambahan pula memang amie tak de training , 2 hari before that naik meragang hill.

Masa ni preparation untuk “summit attack” ( dari laban rata ke puncak Kinabalu ) pukul 2.45am dan kena sampai check point pertama before pukul 5.00am (dlm hati Ya Allah boleh ke aku buat ni ? dengan kaki dah tempang ), kalau tak berjaya kiteorg kena turun balik dan tak dibenarkan panjat sampai puncak dan kena turun balik .

Preparation untuk sofia sebab suhu dekat puncak 6-2 darjah celcius .Dalam hati amie memang , okay let’s do this , cepat naik cepat turun .

2 warmer , 1 sweater , 1 jaket , 4 lapis seluar dan socks dan doa seorang ibu yang tak putus-putus.

Maybe ibu/wanita boleh relate video ni , macam mana ibu prep kan anak untuk make sure anak selamat dalam setiap langkah . Ya Allah memang mintak dengan Allah ,supaya kuatkan Sofia .


Start hiking dari Laban Rata pukul 3.00 pagi , cuaca terlalu sejuk , sepanjang naik tu , ada team yg berhenti muntah , tak cukup nafas , macam-macam . Tapi focus Amie cuma nak lepaskan check point tu , dan Alhamdulillah kami berjaya lepas check point pukul 4.05am.

Jalan agak mencabar sebab gelap , sejuk , dan kurang oksigen . Di 8km kami berhenti untuk solat subuh , ni mungkin kali pertama dan kali terakhir pengalaman solat subuh dekat puncak Kinabalu ( unforgettable moments ) .

Then cepat2 sambung mendaki , pukul 5.55 pagi , kami sampai puncak !!!!!!! Tapi sofia menangis mungkin kurang selesa sebab sejuk dan masih gelap . –
Nilah video masa dah sampai puncak dan mummy peluk sofia untuk tenangkan dia .

Hikers lain semua support dan ada yg bagi warmer .

Sofia Berjaya Tawan Puncak Gunung Kinabalu (Part 3)


Masa ni risau takut sofia hypothermia, masa ni juga sel-sel otak tak berhubung sebab penat, sejuk dan risau .

Hikers lain semua support dan ada yg bagi warmer , thanks guys ❤️ –
Masa ni amie tenangkan sofia dulu , sebab dia menangis sikit , takut terlalu sejuk dan takut hypothermia .

Tapi ???

Akhirnya “mission untuk break kan record “the youngest girl to scale MT Kinabalu “ @pinces.sofia tercapai !

Dengan keadaan terlalu sejuk , kasut basah , lutut mmg dah out dah .. sampai juga . – Alhamdulillah Ya Allah ! Terima kasih izinkan kami naik dan turun dengan selamat . – Perasaan ? Tak terluah dan tak tertulis . Kenangan yang takkan dilupakan sampai bila-bila


Yang tanya tentang keselamatan Sofia sebab ,long hours hiking dan puncak gunung terlalu sejuk takut Sofia hypothermia , jangan risau , saya bukanlah berseorangan , saya bersama Dr Muaz , untuk memastikan Sofia dalam keadaan okay dan membantu kami dalam perjalanan
 


Thanks to my team , Dr @muaz.zayd yg tolong angkat sofia juga ,memberi support , menjadi malim gunung juga 😅and make sure Sofia dalam keadaan stabil dan tolong amikkan gambar dan video and thanks dekat guide kiteorg .

Terima Kasih Sofia

Congrats girl !!!!! @pinces.sofia –

Umur 3tahun 10bulan awak berjaya sampai puncak Kinabalu ! Awak memang kuat !

Dear Sofia ,
Mummy harap awak tak lupakan kenangan ni , mungkin mummy jarang-jarang nak belikan awak toys yang awak nak atau yang mahal-mahal tapi mummy nak bagi awak “kenangan yang awak tak boleh lupakan sampai bila-bila” .

Kenangan yang bila dan besar nanti awak akan ingat dan hargai . Banyak dah kita lalui berdua , susah senang . Dari mummy pregnant awak sampai sekarang . –

Terima kasih Sofia sebab selalu ada dengan mummy dan buat mummy jadi kuat . –

Terima kasih Sofia , awak hebat dan kuat , kuat macam mummy ,macam nenek . – Macam ibu-ibu yang lain semua nak yang terbaik untuk anak-anak , mummy masih belajar untuk jadi yang terbaik untuk awak .


Maafkan mummy kalau ada terkurang , i love you so much girl! – We did it !!!!

Kredit : Majalah Pa&Ma


Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

1 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.