Beberapa kes sporadik COVID-19 dikesan di Sabah hasil aktiviti saringan bersasar yang dilaksana Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) sejak penghujung Mac 2020.
Pengarah JKNS Datuk Dr Christina Rundi berkata aktiviti saringan bersasar itu bertujuan mengesan jangkitan di lokaliti yang melaporkan kes tertinggi.Kes sporadik adalah individu dijangkiti yang tidak mempunyai sejarah perjalanan ke negara mengalami wabak dan tiada kontak dengan pesakit dijangkiti.
Mengenai tindakan yang diambil JKNS berikutan kebenaran pergerakan pulang pelajar IPT ke kampung halaman, Datuk Dr Christina menyatakan, langkah seperti pengambilan sampel dan kuarantin akan dijalankan bagi mengelak penyebaran jangkitan COVID-19 dalam kalangan masyarakat.
Post a Comment