Sabah lancar sistem permohonan bantuan COVID-19

Bagi rakyat yang tergolong dalam golongan B40 tetapi tidak berdaftar dalam Sistem e-Kasih, mereka boleh mengemukakan permohonan mendapatkan bantuan dengan melayari pautan http://bantuan.covid19.sabah.gov.my/
Sabah lancar sistem permohonan bantuan baharu

Sabah melancarkan sistem baharu bagi memudahkan orang ramai menyemak status permohonan bantuan daripada kerajaan negeri.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong, berkata sistem bantuan.covid19.sabah.gov.my menggantikan sistem sedia ada iaitu wecare.sabah.gov.my sejak 15 April lalu.


“Sistem baharu ini mengintegrasikan data-data di dalam sistem terdahulu.

“Sistem berkenaan juga diperluaskan bagi membolehkan permohonan dan semakan bantuan COVID-19 Sabah,” katanya melalui kenyataan media di Kota Kinabalu.

Dalam itu, Safar berkata, permohonan bantuan itu meliputi warga Sabah dari keluarga berpendapatan 40 peratus terendah (B40) yang berada di Semenanjung dan Sarawak.

Menurut beliau ia turut merangkumi pemandu teksi, bas, lori dan kereta sewa.

“Malahan petani, pekebun Kecil, nelayan, penternak, malim gunung, warga tua, anak yatim, ibu tunggal serta orang kurang upaya (OKU) turut menikmati bantuan sama yang diberikan kerajaan negeri.

“Semua rekod dan data permohonan yang dimohon melalui sistem lama sudah diintegrasikan ke dalam sistem terkini serta dihubungkan secara automatik ke sistem baharu.


“Kerajaan negeri memberi jaminan keselamatan dan integriti data pemohon yang dikemuka juga terpelihara,” katanya.



Post a Comment

1 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM TUAN,PUAN... MAAF JIKA KOMEN SAYA MENJADI KESALAHAN PADA PIHAK TUAN PUAN,.. SAYA ANAK SABAH YANG BERKERJA DI SEMENANJUNG,YANG TELAH MEMOHON BANTUAN COVID SABAH,INGIN BERTANYA PADA PIHAK TUAN PUAN,.. APAKAH STATUS UNTUK BANTUAN ANAK SABAH DI SEMENANJUNG?? BILAKAH PEMOHON BOLE MENERIMA BANTUAN ONEOFF DARI SABAH??? sikit Hari lagi, Genap lah sebulan PERMOHONON YANG TELAH MENJADI PENANTIAN Sampai Sekarang tak memberi jawapan...

    ReplyDelete