COVID-19: Pesakit Kritikal Tahap 5 sembuh di Hospital Tawau

Sejarah tercipta di Hospital Tawau apabila pesakit COVID-19 kritikal (Tahap 5) telah sembuh dan dibenarkan discaj dari Hospital Tawau!
Pakcik Berjaya Lawan Covid-19, Diraikan Frontliner Sebelum Pulang

Tiada apa dapat menggembirakan hati barisan hadapan di wad Hospital Tawau selain melihat pesakit mereka yang berjaya sembuh selepas dijangkiti COVID-19.

Perasaan gembira itu sudah tentu dirasai sekumpulan ‘frontliner’ di Hospital Tawau, Sabah apabila seorang pesakit positif kritikal tahap lima telah disahkan bebas Covid-19 dan dibenarkan discaj semalam.


Perkara itu dikongsi salah seorang pegawai perubatan hospital berkenaan, Solomon Vengadasalam Krishnan yang meluahkan rasa syukur atas kesembuhan dan kejayaan rakan sepasukannya.


“We discharged well a class 5 (critically ill) Covid positive patient back home yesterday! Praise God! #covid19,” tulisnya di laman Facebook.

Perkongsian itu menerima 1,000 tanda suka dan pelbagai reaksi netizen yang turut berbangga dengan usaha gigih ‘frontliner’ dalam mengekang penularan wabak tersebut.

Tahniah & terima kasih


Syukur! ‘Good job’ semua


Alhamdulillah! Terbaik ‘frontliner’ kita


Sumber : Solomon Vengadasalam Krishnan


Post a Comment

Previous Post Next Post