Isu mengenai tuntutan Filipina terhadap Sabah akan dibincangkan dalam satu usul tergempar Dewan Negara petang ini.
I a diumumkan oleh Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim hari ini.Beliau berpuashati bahawa usul tergempar itu boleh dibincangkan oleh anggota Dewan Negara kerana ia menepati syarat.
Syarat pertama adalah kepentingan ramai dan perlu disegerakan.
"Benar ia adalah kepentingan orang ramai. Bukan sahaja di Sabah tetapi di tanah air Malaysia tercinta.
Senator Adrian Lasimbang membahaskan tuntutan terbaru Filipina terhadap Sabah.
Dalam notisnya yang dihantar ke pejabat Speaker Dewan Negara Rais Yatim pada hari Jumaat di bawah Aturan Mesyuarat 7(1), Adrian menyorot cadangan Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negara Filipina memasukkan peta Sabah pada pasport negara itu sebagai tindakan "provokatif" yang mengancam kedaulatan Sabah dan Malaysia.
"Usul ini adalah isu penting kedaulatan negara dan pelanggaran kerjasaman Asean serta syarat di peringkat PBB.
"Usul ini juga merupakan usul yang perlu diperdebatkan kerana sebarang tindakan untuk menjejaskan kedaulatan Malaysia adalah isu keselamatan yang tidak boleh dipandang ringan," katanya.
Tuntutan Filipina terhadap Sabah juga telah mencetuskan kebimbangan isu keselamatan di negeri itu, kata Lasimbang.
Mengulas lanjut, Lasimbang mengatakan bahawa usul itu adalah melibatkan kepentingan umum yang lebih besar kerana menyentuh kawalan sempadan Malaysia, serta penguatkuasaan undang-undang maritim dan Imigresen.
"Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan prinsip tidak berkonfrontasi dalam menangani masalah diplomatik mesti mengambil tindakan proaktif melalui Wisma Putra untuk menyelesaikan keadaan ini.
"Kerjasama Tan Sri Yang Di-Pertua untuk menerima usul ini di Dewan Negara untuk dibahaskan sangat dihargai," tambahnya.
Dewan Rakyat pada 27 Ogos telah membenarkan usul tergempar Ahli Parlimen Batu Sapi Liew Vui Keong untuk membahaskan isu yang sama.
Bulan lalu, Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal mendesak Wisma Putra memanggil duta Filipina di Kuala Lumpur atas "provokasi yang tidak dibenarkan" mengenai kedaulatan negara..
Post a Comment