Hari ini sepatutnya makan di restoran dan premis makanan sudah dibenarkan mengikut kenyataan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor semalam.
N
amun, tiada prosedur operasi standard (SOP) yang baharu dikeluarkan bagi kebenaran makan di restoran hingga menyebabkan anggota penguatkuasa dan pengusaha restoran berada dalam kekeliruan.
Bagaimanapun, kekeliruan berlaku apabila prosedur operasi standard (SOP) mengenai pengumuman itu belum dikeluarkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah sehingga kini.
Tinjauan di sekitar Kota Kinabalu dan Penampang mendapati kebanyakan pemilik premis sudah mula beroperasi dengan membenarkan pelanggan makan di restoran sejak pagi Selasa.
Bagaimanapun, menjelang tengah hari pemilik premis mula tidak membenarkan pelanggan makan dalam restoran dan boleh dibungkus sahaja.
Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin menerusi laman Facebooknya menyatakan beliau menerima aduan daripada pengusaha restoran dan penjaja di kawasan Damai, Lintas dan Foh Sang yang memaklumkan mereka diberi amaran oleh penguatkuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar tidak membuka meja makan kerana SOP belum tersedia.
Foong Hin berkata, pengusaha restoran memberitahu sekiranya mereka membuka meja makan untuk membenarkan pelanggan makan di restoran, mereka akan dikenakan kompaun.
Tindakan penguatkuasa ini amat bertentangan dengan kebenaran makan di restoran yang diumumkan Ketua Menteri semalam.
Kekeliruan sebegini timbul kerana tiada garis panduan dan SOP yang jelas apabila pengumuman kebenaran makan di restoran itu dikeluarkan.
Untuk itu, beliau menggesa penguatkuasa KKM agar tidak bertindak mengeluarkan kompaun kerana kebenaran itu memang datang daripada kerajaan negeri.
Masalah kekeliruan SOP ini juga timbul disebabkan oleh kerajaan negeri. Biarpun SOP belum dikeluarkan namun, kebenaran makan di restoran sudah diberikan.
Maka, peniaga boleh mengikut SOP makan di restoran atau premis makanan yang dilaksanakan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luyang, Phoong Jin Zhe berkata, difahamkan penguatkuasa tidak membenarkan pengusaha restoran membenarkan pelanggan makan di restoran kerana SOP belum dikeluarkan.
Katanya, kebanyakan pengusaha menunggu SOP baharu dikeluarkan berikutan pengumuman Ketua Menteri yang membenarkan pelanggan makan di restoran.
Tindakan penguatkuasa KKM melarang pengusaha membenarkan pelanggan makan di restoran bertentangan dengan pengumuman Ketua Menteri.
“Persoalan sekarang, adakah kenyataan Ketua Menteri itu boleh diguna pakai tanpa SOP yang dikeluarkan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN).
“Kerajaan seharusnya bergerak seiring apabila membuat pengumuman mengenai sebarang perubahan SOP. Jangan keluarkan kenyataan yang tidak jelas dan lengkap hingga mengundang kekeliruan kepada pengusaha dan juga orang awam,” katanya.
Jin Zhe berkata, rakyat sudah cukup terkesan akibat pandemik Covid-19 jadi jangan bebankan rakyat dengan SOP dan arahan yang tidak jelas.- BorneoToday
Peniaga restoran mula membenarkan pelanggan makan di restoran pada Selasa mereka selepas kerajaan negeri membuat pengumuman berkenaan pada Isnin.
Bagaimanapun, kekeliruan berlaku apabila prosedur operasi standard (SOP) mengenai pengumuman itu belum dikeluarkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sabah sehingga kini.
Tinjauan di sekitar Kota Kinabalu dan Penampang mendapati kebanyakan pemilik premis sudah mula beroperasi dengan membenarkan pelanggan makan di restoran sejak pagi Selasa.
Bagaimanapun, menjelang tengah hari pemilik premis mula tidak membenarkan pelanggan makan dalam restoran dan boleh dibungkus sahaja.
Orang ramai yang duduk makan atau minum di restoran mula diminta beredar selain kerusi serta meja disusun semula selepas pemilik premis mendakwa mereka diminta tidak membenarkan pelanggan makan di restoran oleh pihak berkuasa.
Chan Foong Hin
Foong Hin berkata, pengusaha restoran memberitahu sekiranya mereka membuka meja makan untuk membenarkan pelanggan makan di restoran, mereka akan dikenakan kompaun.
Tindakan penguatkuasa ini amat bertentangan dengan kebenaran makan di restoran yang diumumkan Ketua Menteri semalam.
Kekeliruan sebegini timbul kerana tiada garis panduan dan SOP yang jelas apabila pengumuman kebenaran makan di restoran itu dikeluarkan.
Untuk itu, beliau menggesa penguatkuasa KKM agar tidak bertindak mengeluarkan kompaun kerana kebenaran itu memang datang daripada kerajaan negeri.
Masalah kekeliruan SOP ini juga timbul disebabkan oleh kerajaan negeri. Biarpun SOP belum dikeluarkan namun, kebenaran makan di restoran sudah diberikan.
Maka, peniaga boleh mengikut SOP makan di restoran atau premis makanan yang dilaksanakan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.
Phoong Jin Zhe

Post a Comment