Sabah sudah kemuka perincian SOP baru

Kickbola.netJurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, pihaknya kini sedang menunggu pewartaan dari pihak Persekutuan.

Sabah sudah kemuka perincian SOP baharu

Kerajaan negeri sudah mengemukakan perincian prosedur operasi standard (SOP) baharu ketika pelaksanaan Fasa Pertama Kawalan Pergerakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) untuk negeri Sabah kepada kerajaan Persekutuan.

J
urucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, pihaknya kini sedang menunggu pewartaan dari pihak Persekutuan.

"Perakuan SOP ini telah diputuskan sebulat suara oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Negeri Sabah yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri.

"Antara anggota jawatankuasa ini ialah semua ketua jabatan yang mewakili Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Sabah juga sudah menyemak perakuan ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Masidi berkata, Setiausaha Kerajaan Negeri akan mengeluarkan kenyataan akhbar yang berasingan mengenai SOP baharu terbabit secara lebih terperinci.


Media sebelum ini melaporkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor mengumumkan kerajaan negeri membenarkan beberapa aktiviti sosial dan ekonomi beroperasi semula.

Ia termasuk makan di restoran, kedai makan dan restoran hotel secara 'dine-in', pembukaan gerai menjual sayur, ikan dan buah-buahan di tepi jalan serta kedai gunting rambut yang dijadualkan bermula hari ini.


Bagaimanapun, hari ini Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilaporkan berkata, kerajaan negeri tidak boleh melonggarkan SOP yang dikeluarkan MKN.

Post a Comment

Previous Post Next Post