Varian mutasi berkembar India cetus lonjakan besar kes COVID di Labuan

Kickbola.net Kes varian yang membimbangkan (VOC) cetus lonjakan besar kes COVID di Labuan

VOC cetus lonjakan besar kes COVID di Labuan

Varian Yang Membimbangkan (VOC) COVID-19 dikenal pasti sebagai antara faktor Labuan mengalami lonjakan kes yang besar sejak beberapa hari lalu, kata Pengarah Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari.


B
eliau berkata VOC Delta (B.1.617.2) mempunyai kadar jangkitan yang tinggi, sekali gus mempercepat penularan dalam masyarakat.

“Mereka yang dijangkiti virus varian ini juga mengalami gejala yang teruk,” katanya kepada Bernama hari ini.

Pihak berkuasa akhirnya mengaku bahawa antara punca lonjakan sangat besar kes Covid di Labuan ialah penularan VOC Delta (B.1.617.2) mempunyai kadar jangkitan yang tinggi, sekali gus mempercepat penularan dalam masyarakat.

Jumlah kes aktif Covid di labuan telah naik 63 kali ganda berbanding bulan lepas.

Sebanyak 191 kes baru dengan tujuh kematian dicatat semalam.

http://beritaup2date.blogspot.com/ Apa VOC Delta (B.1.617.2) ini? -Ianya nama baru diberi untuk varian Covid mutasi berkembar India.
Menurut Dr Ismuni, pergerakan masyarakat semasa sambutan Aidilfitri yang lalu turut menyebabkan penularan COVID-19 meluas dengan cepat.

“Kami juga mengenal pasti sebuah keluarga yang besar tinggal bersesak di dalam sebuah rumah menyebabkan jangkitan dalam kalangan ahli keluarga, serta menyukarkan pihak berkuasa untuk menstabilkan penularan,” katanya.


Beliau turut mendedahkan beberapa syarikat dalam sektor penting terpaksa ditutup sementara bagi proses sanitasi selepas sejumlah kes positif dikesan dalam kalangan pekerja mereka, sementara pengesanan kes aktif dipertingkat dengan bantuan klinik swasta, membolehkan 2,000 sampel diambil setiap hari berbanding 800 sebelum ini.

http://beritaup2date.blogspot.com/ Dr Ismuni Bohari.
Dr Ismuni berkata Labuan mencatatkan 191 kes baharu semalam selain tujuh kematian dan sebahagian kes harian baharu semalam disumbangkan oleh empat kluster aktif iaitu Patau-Patau (23 kes), Simpang Sahari (16), Simpang Sungai (7) dan Victoria Merdeka (12).

-- BERNAMA


Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.