Didakwa cabul peserta Unduk Ngadau, ahli parti STAR ditahan polis

Kickbola.net Ahli parti STAR Sabah itu ditahan di pejabatnya di Asia City 

Didakwa cabul peserta Unduk Ngadau, ahli parti STAR ditahan polis

Seorang ahli parti Solidariti Tanah Airku (STAR) yang didakwa mencabul salah seorang peserta Unduk Ngadau Pesta Kaamatan, ditahan polis, pada Khamis.

L
elaki berusia 50-an itu ditahan selepas membuat sidang media berhubung dakwaan berkenaan di pejabatnya di Asia City, di sini, kira-kira jam 1 petang tadi.

Difahamkan, sidang media dibuat berhubung tindakan mahkamah yang akan diambil terhadap dua individu dan sebuah laman blog.


Ia dipercayai berkaitan video yang disiarkan menunjukkan beliau berselisih faham dengan pengawal keselamatan dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) di Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) di Penampang bulan lalu.

Kickbola.net Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata, suspek sudah ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut.

Katanya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan.

“Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Hazani berkata, peserta Unduk Ngadau yang menjadi mangsa kejadian ini sudah dipanggil untuk dirakam keterangan hari ini.

Katanya, wanita berusia 20-an itu dipanggil bagi membantu siasatan lanjut berhubung kes berkenaan.


Semalam, satu laporan polis bertarikh 21 Mei lalu tular di media sosial dan aplikasi Whatsapp berhubung laporan polis seorang peserta Unduk Ngadau yang mendakwa diraba salah seorang jawatankuasa penganjur.

Philip direman 4 hari, peguam bantah kerana tiada saksi lihat kejadian 'ramas'

Kickbola.netPeguam Philip, Marcel Jude berkata beliau membantah pelanjutan reman terhadap anak guamnya berikutan tiada saksi yang melihat kejadian 'ramas'

Philip Among bekas pemimpin STAR yang ditahan polis baru-baru ini kerana terlibat dalam kes gangguan seksual membabitkan salah seorang peserta Unduk Ngadau kini direman untuk membantu siasatan polis.

Philip direman empat hari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Peguam Philip, Marcel Jude berkata beliau membantah pelanjutan reman terhadap anak guamnya berikutan tiada saksi yang melihat kejadian berkenaan.

Marcel juga mendakwa bahawa laporan polis itu diputuskan sebagai NFA (tiada tindakan lanjut) bagaimanapun Majistret Lovely Natasha Charles memastikan jika ada pihak yang mengesahkan NFA terbabit dan Marcel membalas pertanyaan itu dengan menyatakan perkara itu sudah tular di media sosial.

Difahamkan pihak mahkamah akan memanggil 10 saksi lain untuk kes tersebut.

Sebelum ini peserta Unduk Ngadau di bahagian utara Sabah membuat laporan polis terhadap Philip Among kerana mendakwa dia diraba di bahagian badan termasuk paha, belakang badan, leher dan tangannya dan mangsa menepis perbuatan Philip


Sementara itu Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali mengesahkan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu.

Kickbola.net Guandee berkata, lembaga disiplin parti juga akan bersidang bagi menentukan sama ada menggantung keahlian atau memecat individu itu daripada parti.

STAR gantung ahli didakwa cabul peserta Unduk Ngadau


Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) mengambil tindakan tegas menggantung jawatan ahlinya sebagai penyelaras satu kawasan Parlimen di Sabah berkuat kuasa Rabu selepas didakwa terlibat dalam salah laku termasuk mencabul.

Setiausaha Agung STAR, Senator Datuk Guandee Kohoi berkata, lembaga disiplin parti juga akan bersidang bagi menentukan sama ada menggantung keahlian atau memecat individu itu daripada parti.


Tegasnya, STAR Sabah mengambil berat mengenai perkara itu dan sekali parti yang berperlembagaan, semua perkara perlu diselesaikan mengikut peruntukan undang-undang yang ada dalam parti.

"Tindakan ini menunjukkan bahawa pihak kepimpinan parti sentiasa terbuka untuk mendengar keluhan dan aduan dari semua pihak, terutama daripada ahli-ahli parti.

Parti STAR juga mengambil berat mengenai perkara ini," katanya dalam kenyataan.


Sementara itu, beliau meminta ahli dan penyokong STAR untuk bersabar dan tidak membuat sebarang tindakan yang akan mengeruhkan keadaan.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.