8 lagi kampung di Sabah dikenakan PKPD

Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan) Dato’ Seri Hishammuddin Hussein.



Kota Kinabalu: Lapan lagi kampung di Sabah akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pada 31 Julai-13 Ogos, kata Menteri Kanan Luar Negeri (Kluster Keselamatan) Dato’ Seri Hishammuddin Hussein.

Kampung-kampung tersebut ialah:

- Kampung Lembah Permai dan Kampung Pugi Gunsapou di Ranau

- Kampung Bayangan dan Kampung Purakagis di Keningau

- Kampung Marintaman di Sipitang

- Kampung Gambaron 2 dan Kampung Tembidong-Bidong di Telupid

- Kampung Airport Lama di Tawau


Dalam pada itu, PKPD dilanjutkan di Perumahan Sabah Forest Industry (SFI), Sipitang dan Taman Jaya Diri, Kota Kinabalu sehingga 13 Ogos.


Akan ditamatkan pada 30 Julai pula ialah PKPD di Kampung Perpaduan Gumpa di Kudat serta Penjara Tawau dan Kuarters Penjara Taman Ehsan di Tawau.

Post a Comment

Previous Post Next Post