HAZANI (duduk, kiri) membantu seorang pemilik senjata api membaharui lesen pistolnya pada program itu.
TAWAU, 23 Julai 2021: Pemilik senjata api berlesen dinasihat menjaga dan menyimpan dengan selamat senjata api bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.
Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Datuk Hazani Bin Ghazali berkata, adalah menjadi tanggungjawab pemilik senjata api berlesen untuk menjaga dan menyimpan dengan selamat dan tidak meminjamkan senjata api kepada orang lain bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.
“Ketua Polis Negara (KPN) sentiasa mengingatkan tentang perkara ini, agar senjata api tidak disalah gunakan kerana terdapat beberapa kes pemilik senjata api cuai mengendalikan senjata itu hingga mencederakan orang lain dan menggunakan untuk memburu secara haram, Jelasnya, bagi permohonan baharu perlu mengikut prosedur serta undang-undang yang telah ditetapkan.
“Saya hanya menyokong pemohon setelah memenuhi syarat, tapi kelulusan akan diperoleh daripada Ketua Polis Negara,” katanya ketika menyampaikan amanat kepada semua pemegang lesen senjata api dalam program pembaharuan lesen senjata api jenis pistol tahun 2021/2022 di IPD Tawau pagi tadi.
Katanya, antara syarat lain termasuk pemilik perlu menjalani pemeriksaan kesihatan di samping memastikan tahap keselamatan senjata berada dalam keadaan baik sebelum pemeriksaan senjata dijalankan.
Pembaharuan lesen dan pemeriksaan senjata api awam ini melibatkan seramai 22 pelesen di dalam zon (1) iaitu Tawau, Semporna dan Kunak. Turut hadir, Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Ak Umbuas, Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau, Superintenden Nor Azizulkifli Bin Hj. Mansor serta pegawai kanan dan anggota perlesenan IPK Sabah.
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
Post a Comment