4 tahanan yang melarikan diri dari pusat kuarantin yang sedang diburu IPD Penampang, Sabah. |
PENAMPANG: Polis sedang memburu empat tahanan termasuk tiga pendatang asing warga Filipina yang melarikan diri ketika dikuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri di sini awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Penampang DSP Mohd Haris Ibrahim berkata semua tahanan terbabit melarikan diri pada pukul 3.30 pagi tadi.
Katanya warga Filipina terbabit ialah Mohd Rahman Basir, 24, Mohd Diyazmir Razif Rudyaz, 20, dan Salman Arip, 19, manakala seorang lagi merupakan warga tempatan, Arippian Abdul, 27.
"Tahanan itu dipindahkan dari lokap Balai Polis Penampang ke PKRC berkenaan pada 24 Julai lalu, selepas disahkan positif COVID-19," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Post a Comment