ROBOH: Sebuah rumah PPR atas air yang roboh berpunca daripada tiang rumah yang reput. |
SANDAKAN: Sebuah rumah PPR atas air roboh di Kampung Bokara dekat sini petang tadi.
Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan bergegas ke tempat kejadian setelah menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.05 petang.
Sejurus itu, pasukan BBP Sandakan diketuai Komander Operasi PBK II KUP Burhanudin Kadir bersama lima pegawai pelbagai pangkat dengan sebuah jentera FRT digegaskan ke lokasi sejauh 8 kilometer dari balai.
Sebaik tiba di lokasi mendapati sebuah rumah PPR atas air jenis tidak kekal dengan keluasan 20×30 kaki mengalami kerosakan 100 peratus setelah roboh dengan sendirinya berpunca daripada tiang rumah yang reput.
Bagaimanapun semua penghuni di dalam rumah berkenaan dilaporkan selamat.
SANDAKAN: Sebuah ahli keluarga, yang merangkumi 5 anak beranak, di sini sempat melarikan diri tanpa sebarang kecederaan apabila rumah kayu mereka di Kampung Bokara, runtuh pada Jumaat. |
Operasi ditamatkan pada jam 4.10 petang.
Post a Comment