27 kes kematian direkodkan akibat COVID-19

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun




TUARAN: Sebanyak 27 kes kematian dilaporkan pada 21 Ogos 2021 disebabkan wabak COVID-19.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kematian itu melibatkan tujuh kes di Tawau, enam kes di Kota Kinabalu, tiga kes di Sandakan, dua kes di Lahad Datu, manakala Kota Marudu, Tuaran, Penampang, Tenom, Tongod, Sipitang, Keningau, Kudat dan Beluran masing-masing mencatatkan satu kes.

Sementara itu katanya, jumlah kes positif COVID-19 Sabah semalam kekal berada ditahap yang tinggi iaitu 2,651 kes dengan penurunan 87 kes berbanding 2,738 kes yang dicatatkan pada 20 Ogos 2021.

"Kes bagi daerah Kota Kinabalu melonjak tinggi kepada 669 kes dan 60 peratus kes merupakan Kontak Rapat.

"Penampang juga meningkat kepada 406 kes, Tuaran 247 kes, Tawau 240 kes, Sandakan 178 kes, Papar 130 kes, Lahad Datu 100 kes, Putatan 96 kes, Keningau 87 kes dan Kinabatangan 76 kes.

"Daripada analisis data, 447 kes adalah keputusan tertunggak melebihi lima hari, 364 kes tertunggak antara empat sehingga lima hari dan 936 kes adalah kes tertunggak antara dua sehingga tiga hari," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, data menunjukkan bahawa 1,747 kes harian adalah yang didaftar selepas dua hari keputusan saringan diperolehi. Penjelasan ini perlu difahami bagi mengelak tanggapan bahawa jumlah kes harian yang dilaporkan berlaku dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Katanya, secara keseluruhan 1,612 kes baharu melibatkan kontak rapat, 689 kes melalui saringan bergejala dan 107 kes adalah kes daripada kluster-kluster.

Menurutnya, daripada 2,651 kes baharu itu, 1,683 kes adalah dalam Kategori 2, 940 kes dalam Kategori 1, 11 kes dalam Kategori 3, dua kes dalam Kategori 4 dan sembilan kes dalam Kategori 5.

Selain itu katanya, satu kluster baharu direkodkan pada 21 Ogos 2021 iaitu Kluster Cantawan, Lahad Datu.

"Ia adalah kluster tempat kerja yang berlaku di Mukim Silabukan, Daerah Lahad Datu. Kes indeks merupakan kakitangan lelaki, 24, di ladang kelapa sawit tersebut disahkan positif di klinik swasta pada 16 Ogos 2021, selepas bergejala sejak 12 Ogos 2021.

"Pengesanan secara aktif dan saringan bersasar terhadap kontak rapat dan ahli keluarga mendapati pertambahan bilangan kes positif.

"Daripada 78 individu yang disaring, 46 individu dikesan positif termasuk 27 kes baharu," katanya.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.