8 kawasan di Sabah akan diletakkan bawah PKPD dari 13 hingga 26 Ogos. |
8 lokaliti di Sabah diarah menjalani perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 13 Ogos ini.
Menteri Kanan (Keselamatan) Hishammuddin Hussein dalam kenyataan memperincikan lokaliti terlibat dalam pelaksanaan, pelanjutan dan penamatan PKPD.
Pelaksanaan PKPD bermula 13 hingga 26 Ogos seperti berikut:
3 lokaliti di Tawau melibatkan Kampung Kongsi 8, Kampung Bergosong, Pulau Sebatik dan PPR Taman Sri Apas Batu 8.
2 Perumahan Ladang di Beluran, melibatkan Perumahan Ladang Reka Halus dan Perumahan Ladang Boustead Trunkline.
Kampung Kayu Madang, Telipok, Kota Kinabalu.
Kampung Batition, Kota Marudu.
Kampung Sunsuron, Tambunan.
Pelanjutan PKPD 13 hingga 26 Ogos
3 Kampung Orang Asli Pos Brooke, Gua Musang, Kelantan, melibatkan Kampung Jedip WCT, Kampung Sendrop dan Kampung Seng Sang.11 Lokaliti di Tuaran melibatkan Kampung Betutai, Kampung Bolong Baru, Kampung Bontoi, Kampung Kindu, Kampung Lapasan, Kampung Serusop, Kampung Sungai Damit, Kampung Timbok, Kampung Simpangan, Taman Sri Rugading dan Taman Telipok Ria.
Kampung Lahat-lahat, Pulau Sebatik, Tawau.
2 lokaliti di Kinabatangan Ladang Bukit Mas dan Ladang Linbar 1.
Penamatan PKPD 12 Ogos
Blok Angsana dan Blok Sumboi-sumboi, Kampung Seberang Benoni, Papar.Kampung Pengalat Besar, Papar.
3 lokaliti di Penampang, melibatkan Apartment Taman Suria, Kampung Mangkadatan Notoruss dan Taman Penampang Fasa 2.
2 lokaliti di Tawau, melibatkan Taman Perwira Ranggu dan Blok 5 Kampung Titingan.
2 lokaliti di Tenom, melibatkan Kampung Mamaitom dan SKIM Kuala Tomani.
2 lokaliti di Putatan, melibatkan Kampung Meruntum Fasa 3 dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Kerama.
Kampung Talantang 1, Kota Marudu.
Kampung Ayer, Kudat.
4 lokaliti di Sandakan, melibatkan Flat LPPB Sri Taman, Lorong 1-8, Taman Kenari, Taman Mawar dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Murni.
Mengenai perkembangan Operasi Pematuhan, Hishammuddin berkata semalam sebanyak 173 kompaun dikeluarkan dan 17 direman atas kesalahan ingkar SOP.
Katanya, 33 premis membabitkan kilang, tapak perniagaan dan tapak pembinaan diarahkan tutup kerana gagal mematuhi SOP.
Menurutnya, 2 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan, manakala lima kenderaan darat turut dirampas dalam Operasi Benteng semalam.
Post a Comment