Elak berada di kawasan PKPD, bendung penularan COVID-19

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim menasihatkan orang ramai terutama penduduk daerah ini agar mengelak dari berada di kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).



PENAMPANG: Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim menasihatkan orang ramai terutama penduduk daerah ini agar mengelak dari berada di kawasan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Katanya perkara itu adalah bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19 dengan lebih banyak di daerah ini.

“Hasil pemantauan di beberapa kawasan PKPD termasuk Penampang Baru yang dilaksanakan bermula hari ini melihat kebanyakkan premis termasuk pasaraya besar yang menjadi tumpuan ramai turut ditutup.

“Hasil tinjauan pasukan pemantau bagaimanpun mendapati masih terdapat individu yang melakukan urusan di kawasan tersebut.

“Oleh yang demikian, pihak Polis IPD Penampang menasihati orang ramai untuk tidak berada di kawasan tersebut sehingga perlaksanaan PKPD ditamatkan bagi megelakkan penularan wabak COVID-19,” katanya di sini semalam.

Beliau juga menasihatkan agar penduduk Penampang terus mengamalkan penjagaan kesihatan serta keselamatan diri dan patuh dengan arahan daripada pihak berkuasa berdasarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) PKPD yang ditetapkan.

Post a Comment

Previous Post Next Post