Jadi ‘Punca’ Kemalangan Dan Tidak Mengaku Bersalah, Pemandu Myvi Ini Dikecam Orang Ramai |
Terbaharu, tular satu hantaran Facebook menunjukkan sebuah kereta Myvi telah membuat pusingan u-turn secara melulu lalu menyebabkan sebuah motosikal yang kebetulan sedang memecut di laluan bertentangan merempuh badan kereta tersebut.
Kota Kinabalu
Posted by Sukan Star TV – sstv.my on Friday, July 30, 2021
Sumber Gambar: Facebook Group Dashcam Owners Malaysia |
Sumber Gambar: Facebook Group Dashcam Owners Malaysia |
Hasil carian netizen, mereka berjaya menemukan akaun Facebook pemilik Myvi tersebut dan mengalami ‘kekusutan’ setelah cuba memahami hantaran Facebook panjang yang dikongsikan oleh pemandu wanita itu.
Jika anda berjaya baca sehingga habis (walaupun mengalami ‘kekusutan’) apa yang dituliskan pada hantaran Facebook tersebut, pemandu Myvi itu seolah-olah ‘memberitahu’ bahawa dia tidak bersalah di dalam hal kemalangan yang terjadi.
Jangan Cemburu ya, wahai warga yg ber🧠 kat Lutut atau lebih teruk kat Toli/Puki.Saya ada empat pasang mata kat kepala…
Posted by Sheila Yen Min Wong on Thursday, July 29, 2021
Hantaran Facebook pemandu Myvi tersebut telah menerima lebih 7 ribu komen yang mengutuk tindakkan wanita tersebut yang sewenangnya membuat pusingan u-turn tanpa mengambil kira keselamatan pengguna jalan raya yang lain.
Rata-rata ramai tidak berpuas hati dengan ‘penerangan’ yang dibuat oleh pemandu Myvi tersebut yang bukan sahaja sukar untuk difahami bahkan mengeruhkan lagi keadaan semasa.
Pada masa yang sama, ada juga netizen tertanya-tertanya bagaimana perakam video kejadian kemalangan ini seolah-olah seperti tahu akan berlaku pelanggaran di antara motosikal dengan kereta Myvi tersebut?
Post a Comment