LEVY MADINDA TAMAT KONTRAK DENGAN SABAH FC
Sabah FC tak sambung kontrak Madinda
Pemain tengah, Levy Clement Madinda (gambar) tamat kontrak dengan Sabah FC pada 31 Julai lepas dan sehingga ini tiada perkhabaran kontraknya diperbaharui.Levy, 29, pemain antarabangsa Gabon itu bersama Sabah FC selama enam bulan dan berjaya membantu mengemudikan bahagian tengah dengan baik sepanjang bersama kelab dalam saingan Liga Super.
Menerusi twitternya, dia mengucapkan selamat tinggal kepada rakan-rakan sepasukan, staf kejurulatihan dan perubatan, penyokong serta semua dalam kelab Sabah FC.
"Ia satu pengalaman yang hebat, banyak yang saya pelajari di sini, memudahkan saya bersama pasukan," katanya.
Dia berharap mereka sentiasa ceria pada masa akan datang.
Lévy Madinda
Pengarah Sabah FC, Datuk Dr Jelani Hamdan berkata, perbincangan akan diadakan berhubung penggantian pemain import itu.
"Kita akan bincang ganti dia. Kita galakkan pemain tempatan," katanya ringkas menerusi whatsapp.
Levy juga dilihat bersama pasukan dalam penerbangan ke Kuala Lumpur Jumaat lepas, bagi perlawanan menentang pasukan Terengganu FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak malam tadi yang berkesudahan seri 0-0.
Bagaimanapun, ketiadaan pemain Gabon itu menyebabkan ketua jurulatih, Kurniawan Dwi Yulianto menggunakan khidmat pemain tempatan menggemudikan bahagian tengah pasukan.
Sabah FC akan meneruskan perlawanan Liga Super bertemu pasukan KL City FC di Stadium Likas pada Rabu ini.
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
Post a Comment