Salleh Said Keruak berkata peningkatan kes di Sabah sejak beberapa hari lalu membuktikan proses vaksinasi harus dipercepatkan. |
PETALING JAYA: Bekas menteri komunikasi dan multimedia, Salleh Said Keruak menggesa vaksinasi di Sabah dipercepatkan susulan peningkatan kes Covid-19 di negeri itu.
Salleh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan berkata kerajaan perlu mengotakan janji untuk memberikan tambahan bekalan vaksin dan prioriti kepada Sabah.
“Peningkatan kes di Sabah beberapa hari ini membuktikan proses vaksinasi harus dipercepatkan.
“Kita sudah dengar pengumuman Kerajaan Persekutuan untuk berikan tambahan bekalan dan prioriti kepada Sabah. Kini, kita berharap mereka kotakan janji tersebut,” katanya dalam catatan di Facebook.
Salleh juga berharap bekalan vaksin untuk rakyat di Sabah sampai mengikut jadual dan dalam kuantiti yang dijanjikan.
Salleh Said Keruak berkata, Putrajaya harus memastikan bahawa vaksin Covid-19 juga dihantar ke Sabah tepat pada waktunya. |
“Warga Sabah sudah lama sedia untuk vaksin. Kita menunggu,” katanya.
Pada Jun lalu, Jurucakap Kerajaan Sabah berkaitan Covid-19, Masidi Manjun berkata kuota bekalan vaksin di Sabah akan ditingkatkan kepada 792,000 dos pada Julai dan 1.1 juta dos pada Ogos.
Masidi berkata, penambahan itu akan meningkatkan kapasiti pemberian vaksin sekali gus mampu mencapai sasaran 30,000 suntikan sehari pada bulan depan.
Menurutnya, sekiranya bekalan vaksin tiba dalam tempoh ditetapkan, Sabah akan mencapai imuniti kelompok menjelang hujung tahun ini.
Post a Comment