Kelihatan orang ramai berpusu-pusa hadir di pusat vaksinasi 'walk-in' di Taman Harmoni, Sandakan. |
RATUSAN orang berkumpul ketika pusat vaksinasi 'walk-in' pertama di Sandakan mula dibuka pada Khamis, sekaligus menimbulkan kebimbangan ramai mengenai pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.
Pusat vaksinasi tersebut dibuka pada pukul 8 pagi untuk penduduk pangsapuri Taman Harmoni dan Taman Sri Masjid di Sandakan.
Pemimpin setempat menyuarakan kebimbangan kemungkinan berlakunya penularan jangkitan ketika orang ramai berpusu-pusu hadir, yang menyaksikan sekitar 300 dos vaksin diberikan dalam tempoh tiga jam sejak pusat tersebut memulakan operasinya.
Adun Elopura, Calvin Chong berharap pihak berkuasa dapat memantau bagi memastikan orang ramai mematuhi SOP di setiap pusat vaksinasi.
"Orang ramai berpusu-pusu dan penting bagi setiap orang untuk mengambil langkah berwaspada," katanya yang dalam masa sama menyambut baik langkah mewujudkan pusat vaksinasi 'walk-in' di kawasan tersebut.
Kelihatan orang ramai berpusu-pusa hadir di pusat vaksinasi 'walk-in' di Taman Harmoni, Sandakan. |
Chong turut mencadangkan agar pusat vaksinasi bergerak diwujudkan di kawasan perumahan dan kawasan tertentu untuk memberi kemudahan kepada penduduk di kawasan tersebut.
Post a Comment