Penyanyi terkenal, Azharina Azhar |
KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal, Azharina Azhar berterima kasih kepada selebriti, Shuib kerana telah menjaga dan mendidik sahabat baiknya, Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin sehingga ke akhir hayatnya.
Menurut penyanyi Elegi Sepi yang bersahabat baik selama dua dekad, arwah seorang ibu yang sangat hebat dan sayangkan anak-anak.
“Saya melihat cara dia mendidik dan membesarkan anak-anak bagaimana. Saya rasa tersentuh.
“Dia banyak berkongsi dan memberi nasihat bagaimana untuk menjadi seorang ibu yang baik. Iyalah saya mengalami fasa hidup berlainan, sebab itulah saya kena belajar dengan cara yang cepat,” jelas penyanyi Seandainya itu.
Melihat kebahagiaan yang terbina dalam perkahwinan pasangan Shuib dan arwah, Azharina, berkata, perkara itu membuatkan dia percaya semula di mana Allah SWT mewujudkan kebahagiaan di dunia dengan pasangan yang terbaik untuk kita.
Berbicara tentang kenangan yang tidak dapat dilupakan, kongsi penyanyi kelahiran Sabah itu, adalah ketika mereka banyak menghabiskan masa bersama-sama sejak zaman Bintang RTM.
“Arwah, dulu dia aktif masuk pelbagai pertandingan dan mesti ajak saya sekali. Di Bintang RTM kami digelar belangkas, sehinggalah dia sudah berkahwin dan saya sudah ada anak.
“Ketika dulu tiada pengurusan, sayalah jadi peneman setianya, nak jumpa klien sayalah jadi pengurus. Bila dia sudah tiada ini, saya rasa kehilangan auranya,” katanya sebak sambil mengesat air mata.
Post a Comment