Tetak jiran hingga maut gara-gara kes tampar anak

LOKASI kejadian seorang lelaki maut ditetak jirannya di kawasan rumah di Jalan Sitiawan-Beruas petang semalam. - MEDIA SOSIAL

Bunuh jiran gara-gara bincang isu tampar anak



Seorang lelaki maut ditetak jirannya dalam satu pertelingkahan berpunca daripada tindakan suspek menampar anak mangsa di sebuah rumah di Jalan Sitiawan-Beruas di sini petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, mangsa berusia 40-an maut di tempat kejadian akibat ditetak dengan parang di kepala dan kakinya.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, siasatan awal mendapati terdahulu suspek menampar anak mangsa.

“Berikutan itu mangsa ke rumah suspek untuk berbincang perkara tersebut sehingga berlaku pertelingkahan antara mereka,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Menurut Nor Omar, suspek yang juga berusia 40-an ditahan pada hari sama di rumahnya.

Beliau memberitahu, polis turut merampas sebilah parang dari rumah suspek yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

Menurutnya, suspek direman tujuh hari sehingga 16 Ogos ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 

Post a Comment

Previous Post Next Post