Walk-in Vaksin di Padang Merdeka

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK)

DBKK anjur program vaksinasi 'walk-in' di Padang Merdeka



Warga bandaraya yang masih belum menerima suntikan vaksin sekurang-kurangnya dos pertama dijemput mendapatkan vaksinasi secara 'walk-in' di Padang Merdeka di sini bermula esok hingga 1 September 2021.

Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) Noorliza Awang Alip berkata, Program Vaksinasi Bandaraya Kota Kinabalu itu akan diadakan bermula jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Katanya, pelaksanaan program itu bagi mencapai sasaran 100 peratus warga bandaraya divaksin sekurang-kurangnya satu dos suntikan dialu-alukan untuk mengambil peluang ini.


DBKK mengajak warga pusat bandar ini yang belum divaksin untuk mendapatkannya secara datang tanpa temu janji bermula esok (30 Ogos) sehingga 1 September di Padang Merdeka, Kota Kinabalu, Sabah.
"DBKK berharap warga bandaraya memberi kerjasama menjayakan program vaksinasi ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Datuk Bandar (Mayor) Kota Kinabalu, Puan Noorliza Awang Alip.
Beliau turut berharap warga bandaraya memahami kepentingan mendapat suntikan vaksin serta sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk mempercepat proses pemberian vaksin.

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.