Burhan Ajui, Jelius Ating bergabung kembali kendali Sabah FC!

Burhan Ajui, Jelius Ating diberikan tugas untuk mengendali Sabah FC untuk 2 baki perlawanan terakhir.

klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Burhan Ajui dilantik pengendali sementara Sabah FC berkuatkuasa serta-merta – Marzuki



KOTA KINABALU: Ketua Jurulatih Sabah FC Kurniawan Dwi Yulianto direhatkan berkuatkuasa hari ini sehingga ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Pengurusnya, Marzuki Nasir berkata, dalam tempoh itu, Penolong Jurulatih, Burhan Ajui akan menggalas tugas buat sementara waktu manakala Jelius Ating dilantik sebagai Penolong Pengurus Sabah FC yang baharu.

“Kita yakin pengalaman yang dimiliki kedua-dua mereka ketika bersama-sama pasukan bola sepak Sabah sejak 2017.

“Ini sudah tentu akan dapat membantu skuad badak dalam mengharungi baki perlawanan sekali gus terus kekal dalam saingan Liga Super musim depan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media dikeluarkan hari ini.

Picture
Pengurus Sabah FC, Marzuki Nasir. - Foto ihsan Sabah FC.

Marzuki berkata, pihak pengurusan sangat kecewa dengan prestasi hambar Sabah FC selepas gagal mencatat sebarang kemenangan dalam 8 perlawanan terakhir.

“Setakat ini semua kebajikan pemain serta pegawai pasukan sentiasa dijaga dan diberi perhatian sewajarnya oleh pihak pengurusan Sabah FC,” katanya.

Sabah FC berharap agar semua pihak khususnya penyokong sentiasa memberikan sokongan padu serta kepercayaan kepada pasukan sekali gus mengembalikan prestasi cemerlang mereka dalam tempoh terdekat.

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.