Akibat dendam, mayat lelaki ditemukan terapung di pesisir pantai Pulau Bohey Dulang, Semporna

Mayat mangsa yang ditemukan terapung di pesisir pantai Bohey Dulang semalam.-IHSAN PDRM

SEMPORNA: Seorang lelaki berusia 40 tahun yang dilaporkan hilang ketika memancing ditemukan terapung di pesisir pantai Pulau Bohey Dulang semalam.


Ketua Polis Daerah, Superitendan Mohd. Farhan Lee Abdullah berkata, mayat mangsa ditemukan dalam keadaan tertiarap pada pukul 4.42 petang iaitu pada hari yang sama mangsa dilaporkan hilang.

Mayat mangsa yang ditemukan terapung di pesisir pantai Bohey Dulang semalam.-IHSAN PDRM
Mangsa, Tendang Sampulatik, 40, didapati mengalami kesan luka akibat benda tajam di bahagian leher dan kepala.

Berdasarkan siasatan, ketika mangsa memancing bersama isteri, ibu mertua dan anak berusia 2 tahun di perairan Labuan Haji pada Khamis, bot mereka tiba-tiba dilanggar dengan sengaja oleh sebuah bot lain yang dinaiki tiga orang lelaki yang dikenali isteri mangsa.


“Mangsa dipukul oleh seorang suspek dan menyebabkannya terjatuh ke dalam laut. Suspek kemudian menarik mangsa naik ke dalam bot mereka lalu melarikan diri ke arah Pulau Bohey Dulang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Semporna untuk bedah siasat.

Ketiga-tiga mangsa dikenali sebagai Gamal, Robel dan Apla yang berusia 40an hingga 50an berbangsa Bajaut Laut dipercayai telah melarikan diri ke sempadan Filipina. Motif kejadian dipercayai disebabkan dendam.

Jelas beliau, polis memohon kerjasama orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian untuk berhubung dengan pegawai penyiasat Asisten Superitendan Arif Abd Razak @ Idris di talian 088 454464 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.


Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori. -UTUSAN ONLINE

SOURCE: Utusan

Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Saya Orang Sabah dan langgan saluran Telegram SabahUp2Date untuk kemas kini berita terkini.




Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.