Insiden pengorekan pihak ke-3 punca gangguan bekalan elektrik SESB

ROSAK: Kabel bawah tanah milik SESB yang rosak akibat tindakan pengorekan pihak kontraktor.

Lagi pengorekan pihak ke-3 punca gangguan bekalan elektrik

KOTA KINABALU: Insiden pengorekan oleh pihak ketiga terhadap kabel bawah tanah Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) semasa perlaksanaan projek pembesaran jalan sekali lagi menyebabkan gangguan bekalan elektrik.

Insiden Pertama di Kg Sodomon, Kepayan dan Insiden ke-2 di Jalan Tuaran ke Pencawang Elektrik Simpang Sepanggar
Ini walaupun sebelum ini SESB telah memberi peringatan dan ada yang telah diambil tindakan undang-undang ke atas mereka.


Terkini, lebih kurang 3,000 pengguna berhadapan dengan gangguan bekalan selama hampir 2 jam apabila kerosakan ke atas kabel bawah tanah SESB terjadi disebabkan pengorekan oleh pihak kontraktor pelebaran jalan.

Kejadian pada Sabtu di Jalan Tuaran ke Pencawang Elektrik Simpang Sepanggar menyebabkan bekalan terganggu pada jam 11.53 pagi dan kerja-kerja pemulihan oleh pasukan teknikal SESB dilaksanakan secara berperingkat.

Bekalan berjaya dipulihkan sepenuhnya pada jam 2.49 petang.


Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset), Ir. Idris Mohd Noor berkata, kerja-kerja pengorekan pihak ketiga merupakan antara cabaran utama kepada usaha SESB memberikan bekalan elektrik tanpa gangguan kepada pengguna.

Beliau menjelaskan kejadian tersebut adalah kejadian ke-2 berlaku dalam minggu ini dengan kejadian pertama pada Rabu lalu di Kampung Sodomon, Kepayan.

“Kerja-kerja pengorekan oleh Pemaju Pembangunan Pelbagai di Kampung Sodomon Kepayan menyebabkan gangguan bekalan kepada lebih 2,000 pengguna di kawasan sekitar bermula pada jam 1.42 petang dan bekalan dipulihkan pada lewat petang,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Dalam pada itu, Ir Idris berkata kecuaian dan kesilapan seumpama ini bukan sahaja menyebabkan kerugian kepada SESB, malah yang lebih utama ianya juga akan menimbulkan kerumitan kepada pengguna SESB yang terlibat yang sekaligus akan menjejaskan imej SESB yang bertungkus lumus untuk sentiasa memperbaiki tahap perkhidmatannya.

Justeru, SESB memohon supaya pihak kontraktor dan orang ramai untuk memaklumkan terlebih dahulu sebarang aktiviti pengorekan di bahu jalan kepada SESB agar aktiviti pengesanan kabel dapat dilakukan sebelum kerja-kerja pengorekan dibuat.


Perkara ini dapat menjamin keselamatan dan sekaligus mengelakkan insiden gangguan bekalan elektrik yang berpanjangan, katanya lagi.

Beliau berkata sebelum ini, sebanyak 78 kes korekan yang dilakukan oleh salah satu kontraktor pelebaran jalan telah dimajukan untuk tindakan undang-undang oleh SESB.

“Kita berharap tindakan undang-undang dapat dipercepatkan,” katanya lagi.

SOURCE: Warta Oriental

Kongsikan artikel ini:
***Jangan lupa like dan follow facebook kami di Saya Orang Sabah dan langgan saluran Telegram SabahUp2Date untuk kemas kini berita terkini.




Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.