PKPD di 4 lokaliti di Sabah mulai 3 September

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) dilaksanakan di 4 lokaliti di Sabah selama 14 hari, bermula lusa hingga 16 September.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara, Rodzi Md Saad berkata 4 lokaliti di Sabah dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) bermula 3 September hingga 16 September ini.

Beliau berkata PKPD dikenakan setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan Covid-19 di lokaliti-lokaliti tersebut.


Pelaksanaan PKPD bermula 3 September hingga 16 September seperti berikut:

a) Perumahan Pekerja Ladang Mayvin 2 di Telupid.

b) Kampung Tagaroh di Kota Marudu.

c) Kilang dan kuarters Kilang Papan Cargo Timber di Kampung Biah, Keningau.

d) Kampung Dumpiring Bawah di Ranau.




Lanjutan PKPD 1 hingga 15 September

Taman Ria Height, Tawau


Majlis Keselamatan Negara, Rodzi Md Saad

Penamatan PKPD 2 Sept

a) Kampung Tanjong Pagar di Sipitang.

b) Kampung Padang Tembak di Keningau.

c) Kampung Jawa di Tawau.

d) Setinggan Kampung Baru Luyang di Penampang.



Post a Comment

Previous Post Next Post