Banyak pesakit Covid-19 di Sandakan perlukan oksigen

Wad perempuan Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan terpaksa ditukar menjadi wad COVID-19 bagi menampung pertambahan pesakit.

Wad perempuan Hospital Sandakan kini menjadi wad COVID-19

SANDAKAN: Wad perempuan Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan terpaksa ditukar menjadi wad COVID-19 bagi menampung pertambahan pesakit.

Dr Rose Nani Mudin
Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Dr Rose Nani Mudin berkata, pihak HDOK mengambil langkah proaktif dengan membuka lebih banyak wad untuk menampung kemasukan pesakit COVID-19 yang memerlukan bantuan oksigen.


Menurut beliau, wad perempuan perubatan HDOK yang mempunyai 38 katil telah dijadikan wad COVID-19.

Wad perubatan wanita di Duchess of Kent Hospital di Sandakan telah bertukar menjadi bilik Covid-19.
“HDOK mempunyai 166 ‘oxygen port’ dan 42 tangki oksigen yang mempunyai kapasiti 3,000 liter dan 6,000 liter.

“Bagi menampung keperluan oksigen pihak hospital telah mendapatkan 10 tangki oksigen daripada Hospital Kinabatangan dan 20 tangki daripada Hospital Beluran.


“Untuk makluman, negeri Sabah sedang mengalami gelombang COVID-19 yang serius pada masa ini,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Dr Rose Nani
Dr. Rose Nani berkata, daripada data JKNS, sekitar 80% hingga 90% pesakit yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) belum divaksin.


“Untuk mengurangkan kematian, setiap individu perlu divaksin.

Hospital Duchess of Kent (HDOK) mengambil langkah proaktif, dengan membuka lebih banyak wad bagi menampung kemasukan pesakit Covid-19 yang memerlukan bantuan oksigen.
“JKNS juga menyeru semua penduduk Sabah untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dan mendapatkan suntikan bagi mengurangkan risiko jangkitan,” ujar Dr Rose Nani.

Katanya lagi, sehingga semalam 59.1 peratus penduduk dewasa Sabah menerima suntikan dos pertama dan 40 peratus lagi sudah melengkapkan dua dos suntikan. - The Borneo Post - 'More Covid-19 patients in Sandakan need oxygen'



Post a Comment

Previous Post Next Post