Sabah rekod 55 kes kematian Covid-19 hari ini

Terkini: Sabah catat 55 rekod kematian jangkitan Covid-19 , 1 Kluster tempat kerja dicatatkan di Sandakan Hari ini. (Gambar fail untuk gambaran umum: Bernama)

Jumlah itu merangkumi 20 wanita, 19 bukan warganegara, 29 kes kematian dan 37 pesakit komorbiditi.

KOTA KINABALU: Sebanyak 55 kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu 12 kes di Tuaran, 10 kes di Kota Kinabalu, 7 kes di Tawau, 6 kes di Sandakan, 4 kes di Lahad Datu dan 3 kes di Penampang.

Manakala Putatan, Keningau, Beluran dan Papar masing-masing mencatatkan 2 kes dan satu 1 di Kuala Penyu, Kalabakan, Tenom, Kudat dan Kinabatangan.


Jumlah tersebut meletakkan Sabah ke-2 dalam kematian selepas Selangor yang mencatatkan 152 kematian daripada 362 di seluruh negara hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun yang juga Jurucakap Covid-19 Sabah memaklumkan ini dalam kenyataan medianya hari ini.

Katanya, jumlah pesakit Covid-19 discaj dari hospital / sembuh adalah 1,943, menjadikan jumlah kumulatif 124,371 orang.


“Seramai 4,538 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 1,557 orang di hospital, 2,914 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Awam, 58 orang di Pusat Tahanan Sementara (PTS) / Penjara manakala sembilan orang di fasiliti swasta.

“Bilangan pesakit yang memerlukan penjagaan kritikal ialah 207 orang merangkumi 126 di ICU/repurposed kritikal care serta 81 di open ward (HDW/kubikel akut) dan 81 orang lagi memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated),” katanya.

Sabah mencatatkan sebanyak 2,279 kes hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 157,285 kes.

Sementara itu, 1 kluster tempat kerja baru bernama "Senawang" dengan 116 kes di Sandakan juga ditunjukkan dalam data.


16 kluster baru di seluruh negara diumumkan hari ini.

Tags

Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.