Bayi lelaki masih bernyawa dibuang di tong sampah

Picture
SIHAT: Bayi cukup sifat ditemukan masih bernyawa di tapak pembuangan sampah.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


KOTA KINABALU: Orang ramai gempar sebaik menemukan bayi lelaki masih bernyawa di dalam tong sampah berhampiran pasar raya di Taman Indah Permai Manggatal, di sini, malam tadi.

Picture
Bayi yang baharu dilahirkan dibuang di kawasan pembuangan sampah di Taman Indah Permai di Kota Kinabalu malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan George Abd Rakman berkata bayi lelaki cukup sifat ditemukan kira-kira jam 7 malam.


“Hasil siasatan mendapati kejadian disedari seorang lelaki berumur 30-an yang kebetulan melintasi kawasan pembuangan sampah berkenaan.

“Lelaki yang enggan dikenali itu mendengar bunyi rengekan yang disangka kucing di kawasan pembuangan sampah.

Picture
SIASAT: Pihak polis semasa melakukan siasatan di lokasi penemuan bayi lelaki cukup sifat di Indah Permai.

“Semasa hampir pada punca bunyi itu lelaki berkenaan terkejut sebaik menemukan bayi malang itu sebelum menghubungi pihak berkuasa,” katanya.

Beliau berkata bertindak dengan kejadian, sepasukan polis digerakkan ke lokasi bagi menjalankan siasatan.


“Bayi lelaki yang dipercayai baharu dilahirkan itu kemudiannya diserahkan kepada pasukan ambulans yang membawanya ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas (HWKKS) untuk pemeriksaan dan rawatan.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan suspek yang terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membuang bayi,” katanya.


George berkata pihak polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes pembuangan bayi itu untuk tampil memberi maklumat.


Katanya maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Ab Zumin di talian 0145521425.

Waris bayi ini dicari

KOTA KINABALU: Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Masyarakat Negeri memohon kerjasama orang ramai bagi mengesan ibu bapa atau waris bayi lelaki berusia dua bulan yang ditemui oleh orang awam di sebuah pusat sampah, Glokal Car Wash, Taman Indah Permai di Sepanggar di sini pada 6 Okt.

Picture
Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakatnya, Siti Nizam Samsudin, selaku penjaga untuk kes ini berkata, mereka yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes itu atau mengetahui lokasi ibu bapa atau waris boleh menghubungi beliau secara terus di nombor telefon bimbit: 010-8877419.

Kes itu ketika ini di bawah jagaan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Kota Kinabalu.

SOURCE: Utusan Borneo

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.