Pelancongan Kundasang kembali bernyawa

Picture
PEMANDANGAN Pekan Kundasang dari Crystall Hill, salah satu lokasi pendakian bukit di Kundasang, Ranau, Sabah.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


KOTA KINABALU: Suasana pekan Kundasang yang sepi sejak empat bulan lalu, akhirnya kembali meriah dengan kemasukan pelancong dari daerah yang berada dalam zon satu.


Kebenaran merentas daerah mengikut sistem zon bermula 1 Oktober lalu memberi kelegaan kepada pengusaha inap desa di kawasan yang menempatkan Gunung Kinabalu ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Persatuan Mesilou Atamis Homestay Kundasang, Azizul Julirin berkata, pembukaan semula sempadan daerah seolah-olah memberi ‘nyawa’ baharu kepada industri pelancongan Kundasang yang lumpuh sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, Jun lalu.

Katanya, dia boleh menarik nafas lega apabila tempahan inap desa miliknya kembali penuh, begitu juga dengan tempahan diterima rakan-rakan pengusaha inap desa lain.


“Alhamdulillah, kami menerima tempahan penginapan yang tidak putus-putus hujung minggu. Biarpun tempahan sedikit perlahan pada hari biasa namun, kami tetap bersyukur kerana boleh beroperasi semula.

“Kebanyakan inap desa di Mesilou sudah mula membuka pintu bagi menerima kemasukan pelancong.“Biarpun teruja beroperasi semula namun setiap pengusaha inap desa masih mengamalkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat demi keselamatan pengunjung. Kerja-kerja sanitasi dijalankan setiap kali pengunjung baharu masuk.

Picture
AZIZUL JULIRIN

“Malah, kemudahan penginapan ini hanya dibuka kepada pelancong yang sudah lengkap divaksin dan untuk kanak-kanak di bawah usia 12 tahun masih dibenarkan untuk menginap bersama ibu bapa mereka mengikut kapasiti bilik yang ada,” katanya.

Menurut Azizul, setiap pengunjung juga perlu menunjukkan bukti mereka sudah menerima dua dos vaksin lengkap.


Dia gembira mendengar pengumuman kebenaran rentas negeri diberikan apabila kadar vaksinasi di negara ini mencapai 90 peratus.

“Kemasukan pelancong dari Semenanjung Malaysia sudah pasti membantu merancakkan lagi sektor pelancongan di Sabah.

“Secara tidak langsung, ia mempercepat proses pemulihan industri pelancongan di negeri ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

SOURCE: Utusan

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.