Kereta rempuh saluran paip utama punca bekalan air terganggu

Picture
AIR mengalir keluar dari saluran paip utama yang pecah akibat rempuhan itu.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)


PENAMPANG: Penduduk di Taman Cendawan di sini terputus bekalan air selama beberapa jam selepas seorang lelaki yang memandu Perodua Bezza merempuh saluran paip utama menyebabkan ianya pecah berhampiran simpang ke Jabatan Air di sini, Isnin.

Lelaki berumur 27 tahun itu dipercayai sedang menghala ke Taman Suria dari Kepayan Ridge apabila insiden jam 12 tengah malam itu berlaku.


Dia mendakwa gagal mengawal kenderaannya ketika cuba mengelak dari merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Lelaki itu tidak mengalami kecederaan.


Difahami bahawa bekalan air ke Taman Cendawan akhirnya pulih pada jam 4 pagi.

SOURCE: Daily Ekspress

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.