Suami isteri hilang 2 hari ditemui di tanah perkuburan Kg Pimping, Membakut

Picture
SUAMI isteri ditemui selamat di kawasan tanah perkuburan Kg Pimping, Membakut. FOTO ihsan Polis
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Suami isteri hilang selepas tinjau tanah di Ulu Binsuluk

BEAUFORT: Pasangan suami isteri yang dilaporkan hilang selepas meninjau tanah yang dijual di Kampung Ulu Binsulok, Membakut, Sabtu lalu, ditemui selamat, hari ini.



Mangsa, Amir Hamjah Abdul Kahfi, 43, dan isterinya, Rita Hijiyah Mohd Syuaib, 43, ditemui orang awam di tanah perkuburan Kampung Pimping jam 7.30 pagi tadi.


Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Yusoff Zaki Mat Yaacob, berkata pihaknya menerima panggilan daripada seorang individu yang menemui pasangan suami isteri terbabit.

Picture
Kereta Alza dinaiki pasangan terbabit ditemui di tepi jalan Kampung Ulu Binsuluk, Membakut. - Foto bomba

"Jarak mangsa ditemui kira-kira 10 kilometer dari lokasi mereka dilaporkan hilang," katanya kepada BH, hari ini.

Picture
Mangsa Amir Hamjah Abdul Kahfi, 43, dan isterinya Rita Hijiyah Mohd Syuaib, 43, dikatakan keluar dari rumah mereka di Kampung Sabok Baru, Kinarut, jam 9 pagi Sabtu lalu.

Yusoff Zaki berkata, pasangan terbabit dipercayai tersesat ketika meninjau kawasan tanah yang hendak dibeli di Kampung Ulu Binsulok sebelum ditemui di tanah perkuburan Kampung Pimping, Membakut.

"Kedua-dua mereka kemudian dihantar ke Pondok Polis Komuniti (PPK) Binsulok untuk tindakan lanjut," katanya.


Semalam, pasangan terbabit dilaporkan hilang apabila tidak kembali ke rumah selama dua hari selepas meninjau tanah yang hendak dibeli di Kampung Ulu Binsulok, Membakut.


Pasangan terbabit dikatakan keluar dari rumah mereka di Kampung Sabok Baru, Kinarut, pada jam 9 pagi, Sabtu lalu.

SOURCE: hmetro

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.