Covid-19: Sabah catat kes tertinggi, dikesan menerusi saringan bergejala

Picture
Sabah mencatatkan 251 kes Covid-19 yang dikesan melalui saringan bergejala, iaitu antara tertinggi pernah direkodkan daripada jumlah keseluruhan jangkitan baharu.
klik 👉 Follow Telegram SabahUp2date (large-bt)



Covid-19: 251 daripada 490 kes baharu Sabah dikesan melalui saringan simptomatik

KOTA KINABALU - Sabah mencatatkan 251 kes Covid-19 yang dikesan melalui saringan bergejala, iaitu antara tertinggi pernah direkodkan daripada jumlah keseluruhan jangkitan baharu, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Masidi Manjun.



Beliau berkata, jumlah tersebut adalah 51.22 peratus daripada 490 kes baharu yang direkodkan di negeri itu hari ini.

Picture
Sabah catat kes tertinggi dikesan menerusi saringan bergejala

Jurucakap Covid-19 Sabah itu berkata, Sandakan menjadi daerah mencatat kes tertinggi iaitu sebanyak 141 kes dengan 93 kes dikesan menerusi saringan bergejala.


"Ini (kes tinggi saringan bergejala) menandakan bahawa jangkitan ini sudah menyusup jauh dalam komuniti," katanya dalam kenyataan di sini, pada malam Selasa.


Sementara itu, Masidi berkata, Sabah terus merekodkan tambahan kluster institusi pendidikan iaitu Kluster Jalan Apas Batu Lima di Tawau, melibatkan 12 kes kumulatif setakat ini.


Beliau berkata, bagi Kluster Jalan Apas, kes indeks adalah seorang pelajar perempuan tingkatan lima yang dikesan positif melalui saringan bergejala pada 26 Januari lepas, dengan semua kontak rapat tidak bergejala diperintah menjalani kuarantin.

Dalam pada itu, Masidi berkata, jumlah kes yang direkodkan pada Selasa menunjukkan peningkatan tinggi, berbanding 367 kes dicatat pada Isnin, manakala 252 pesakit sembuh dan 825 pesakit masih dirawat. - Bernama

SOURCE: SH

Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, and Telegram Untuk Mendapatkan Berita Dari Negeri Sabah:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date



Post a Comment

0 Comments
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.