Vokalis kumpulan Bunkface, Sam atau nama sebenarnya, Shamsul Annuar Mohd Baharom, 32.
Bunkface ubat rindu peminat di Sabah
Konsert Bunkface Rock di Borneo yang berlansung di KDCA (Kadazan Dusun Cultural Association), Kota Kinabalu, Sabah, pada 19 Julai lalu mencatat kejayaan cemerlang dengan penyertaan lebih 2000 penonton.Acara berjalan lancar dengan persembahan memukau daripada kumpuan Bunkface.
Persembahan malam itu dimulakan dengan band jemputan yang berasal dari Penampang, Kota Kinabalu , DAISY DREAM.
Bunkface mempersembahkan lebih 20 lagu tidak termasuk sesi akustik bersahaja Sam di atas pentas sambil melayan permintaan lagu dari peminat yang hadir.
Persembahan mereka telah memukau penonton dan mencipta satu kenangan yang tak terlupakan bagi semua yang hadir.
“Kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kepada Kementerian Komunikasi dan Digital melalui MyCreative Ventures diatas sokongan kerajaan yang berterusan kepada pembangunan industri kreatif melalui Dana Kandungan Digital Persembahan Muzik.
“Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan kongsi dan penaja kami: Batik Air (Rakan Penerbangan Rasmi), Ming Garden Hotel & Residence (Rakan Hotel Rasmi), Ratu Bayu Holidays (Rakan Pengangkutan Rasmi), ERA SABAH (Rakan Radio Rasmi), Hausboom (Minuman Rasmi), dan Tapau Asia (Rakan Tiket Rasmi),” kata Bunkface.
Konsert Bunkface Rock di Borneo menjadi satu platform unggul untuk bakat-bakat tempatan menonjolkan kebolehan mereka di pentas besar. – BOOM!
SOURCE: boom-malaysia.com
Kongsikan artikel ini:
klik 👉 https://t.me/SabahUp2Date
Post a Comment